Harian Metro

BUT RM600 INSPIRASI PELO

-

“Ayah tidak pernah berjanji mahu membeli but semahal itu jika saya berjaya ke SSBJ dan saya juga tidak pernah meminta kerana pada saya but yang dibeli oleh ayah sebelum ini sudah cukup mahal.

“Tapi, mungkin kerana terlampau gembira saya dapat ke SSBJ, ayah menghadiah­kan but berharga RM600 lengkap dengan pakaian sukan.

“Ayah memang menaruh harapan saya dapat ke SSBJ kerana beliau menyimpan impian untuk melihat saya menjadi seorang pemain bola sepak yang berjaya,” katanya.

Syazwan menganggap menjejakka­n kaki ke sekolah sukan itu ditambah dengan hadiah but bernilai RM600 menjadi inspirasi untuk merealisas­ikan impian ayahnya.

“Sebenarnya ketika bersekolah rendah dan menengah di Skudai (Johor), saya tidak ada cita-cita untuk menjadi pemain bola sepak profesiona­l walaupun ketika itu sudah terpilih mewakili sekolah.

“Saya hanya anggap bola sepak sebagai hobi untuk memenuhi minat serta mengisi masa lapang. Sebaliknya ayah yang bersungguh-sungguh mahu saya jadi pemain bola, mungkin dia nampak bakat saya.

“Walaupun hanya bekerja sebagai peniaga dan kehidupan keluarga kami sederhana, namun ayah sanggup bersusah payah menyediaka­n keperluan saya sebagai pemain.

“Malah, ayah juga mengorbank­an masanya menghantar dan menjemput saya pulang dari tempat latihan. Beliau juga akan sentiasa berada di tepi padang setiap kali saya beraksi dalam perlawanan untuk memberi sokongan,” cerita Syazwan.

Pemain yang kini mewakili skuad Liga Super Kuala Lumpur itu berkata, dia hanya mula nampak hala tuju masa depannya selepas memasuki SSBJ serta memasang impian untuk menjadikan bola sepak sebagai karier.

“Apabila terpilih mewakili SSBJ ke Liga KPM (Kementeria­n Pendidikan Malaysia) dan kemudian Piala Presiden, saya mula mendapat keyakinan dengan bakat dimiliki.

“Apatah lagi bila memakai but yang dihadiahka­n ayah, ia mencetuska­n satu semangat yang luar biasa untuk memenuhi impian beliau,” ujar anak kedua daripada lima adik-beradik itu.

“Di sekolah sukan itu jugalah saya mendapat nama Pelo. Saya tidak ingat siapa yang memberi nama itu malah sehingga kini saya tidak tahu mengapa dipanggil begitu. Ia kekal sehingga sekarang terutama dalam kalangan bekas pemain SSBJ,” dedah Syazwan.

Syazwan menambah dia semakin bersemanga­t apabila ketika berada dalam Tingkatan 5, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melamarnya untuk skuad Harimau Muda B.

Apabila skuad pelapis kebangsaan itu dimansuhka­n pada 2016, Syazwan kembali ke negeri kelahirann­ya dengan mewakili skuad Johor Darul Ta’zim II.

Syazwan, 21, adalah antara watak penting dalam kejayaan skuad pelapis negara, bimbingan Datuk Ong Kim Swee melakar sejarah layak ke suku Piala AFC Bawah 23 Tahun,

Januari lalu.

Pemain itu turut menikmati pencapaian terbaik dalam kariernya setakat ini dengan memenangi pingat perak pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, tahun lalu.

Mengakui masih banyak perlu dikejar untuk memenuhi kriteria sebagai pemain yang berjaya, Syazwan berkata penghijrah­annya ke Kuala Lumpur pada awal musim ini juga adalah salah satu langkah mengembang­kan kariernya.

“Selama dua tahun bersama JDT II, saya banyak belajar. Memang impian saya hendak mewakili JDT tapi saya perlu berpijak di bumi nyata bahawa bukan mudah untuk menempatka­n diri dalam pasukan yang dipenuhi bintang itu.

“Jadi, bila KL membuat tawaran, saya fikir inilah peluang terbaik untuk saya meningkat setakuk lagi dalam karier bila dapat beraksi dalam Liga Super.

“Saya harap dalam tempoh paling lewat dua tahun lagi, saya sudah mampu menempatka­n diri dalam pasukan utama kebangsaan,” kata pemain yang mampu memainkan peranan sebagai pemain sayap dan bek kiri itu.

 ??  ?? SYAZWAN (tengah) tonggak skuad Kuala Lumpur musim ini.
SYAZWAN (tengah) tonggak skuad Kuala Lumpur musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia