Harian Metro

NAIK KERETA KUDA PUSING NEW YORK

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk mencari cabaran dan ia termasukla­h Rebekah Vardy, isteri kepada penyerang sensasi Leicester City, Jamie Vardy yang mengambil keputusan untuk bersiar-siar di New York dengan menaiki kereta kuda 13 April lalu.

Rebekah kelihatan gembira dengan menyelusur­i bandaraya metropolit­an itu sambil melihat sendiri beberapa tempat menarik bersama anaknya, Megan.

Berada dalam kereta kuda tidak menghalang Rebekah untuk mengambil gambar beberapa tempat menarik dan berswafoto dengan anak perempuann­ya yang berusia 12 tahun.

Lebih menarik isteri penyerang kebangsaan England itu hanya berpakaian casual dengan mengenakan kemeja-T berwarna merah jambu sambil berseluar jeans dan berkasut sukan.

Bintang program realiti I’m A Celebrity berambut perang itu juga dilihat hanya mengenakan solekan nipis untuk aktiviti berkenaan dan memakai kaca mata hitam berbentuk bulat.

Kedua-dua anak beranak itu beberapa kali dilihat mengambil gambar bersama-sama apabila melintasi kawasan menarik dan menjadi ikon di Central Park.

Rebekah sebenarnya cuba untuk menenangka­n fikirannya selepas menjalani pembedahan menukar saiz buah dadanya dan ia langsung tidak ada kena mengena dengan suaminya.

Ketika berkahwin bersama Vardy, Rebekah mempunyai dua cahaya mata, Sofia (dua tahun) dan Jaiden (setahun), manakala tiga lagi anaknya, termasuk Megan, Taylor dan Ella adalah hasil dari

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PROFIL
Nama: Rebekah Miranda Nicholson Tarikh lahir: 17 Februari 1982
Tempat lahir: Norwich, England
Tempat tinggal: Lincolnshi­re, England Karier: Personalit­i televisyen
Bilangan Anak: 5
PROFIL Nama: Rebekah Miranda Nicholson Tarikh lahir: 17 Februari 1982 Tempat lahir: Norwich, England Tempat tinggal: Lincolnshi­re, England Karier: Personalit­i televisyen Bilangan Anak: 5

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia