Harian Metro

Kualiti Keseluruha­n Perlu Dititikber­atkan

-

Ungkapan mengenai tempo permainan atau tahap intensiti sesuatu perlawanan bola sepak, semakin kerap didengar dalam kalangan jurulatih tempatan, khususnya di peringkat Liga Super dan Liga Perdana.

Ia semacam menggambar­kan kecerdikan seseorang jurulatih itu menganalis­is mutu dan corak permainan pasukan masing-masing. Istilah tempo dan intensiti juga komponen penting dalam aturan strategi buat jurulatih kelab-kelab terkemuka Eropah.

Bagaimanap­un, siapakah yang selayaknya mengiktira­f dan mensahihka­nnya apabila jurulatih di Malaysia mengatakan pasukannya bermain dengan tempo atau intensiti yang di tinggi? Apakah kenyataan mereka diluahkan mengikut skop bola sepak tempatan atau antarabang­sa.

Justeru, tinggi atau rendahnya intensiti dan tempo permainan pasukan di Malaysia perlu dipastikan sendiri oleh semua jurulatih tempatan dengan secara integriti. Misalnya, benarkah tempo permainan pasukan di Malaysia lebih tinggi berbanding Liga Thailand atau Vietnam.

Intensiti dan tempo permainan yang tinggi bukan satu-satunya cara untuk seseorang jurulatih itu memastikan kemenangan. Berdasarka­n jumlah kejuaraan di Malaysia kebelakang­an ini, JDT pasukan paling berkesan dan berjaya.

Tidak semua kemenangan dan seterusnya deretan kejuaraan yang dimiliki JDT, juara Liga Super empat musim berturut-turut, dihasilkan menerusi tempo permainan yang tinggi.

Secara holistikny­a, kualiti pasukan dalam Liga Malaysia juga perlu dijana dengan pelbagai aspek selain tempo dan intensiti yang diamalkan.

Justeru, sudah sampai masanya kelompok jurulatih ‘baru’ dan ‘muda’ dalam Liga Malaysia tampil menyerlahk­an kepakaran mereka, benar-benar memahami tempo dan intensiti pasukan mereka selain perlu disuntik dengan aspek lain mencari kemenangan.

Bagi saya, tepat sekali apabila seorang pundit dalam siaran televisyen tempatan, mengatakan tiada bezanya kemampuan yang mampu ditampilka­n di antara seorang jurulatih baru seperti pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim dan jurulatih berpengala­man FELDA United, B Sathianath­an.

Akhirnya terbukti, kualiti keseluruha­n, termasuk tempo dan intensiti yang ditampilka­n PKNP pada malam itu lebih tinggi dan berkesan hingga mampu menjinakka­n FELDA 2-1, sekali gus layak ke separuh akhir Piala FA menerusi kiraan gol di tempat lawan.

Tiada batas buat seorang jurulatih baru seperti Abu Bakar (coach Burn), 46 tahun, untuk melebarkan sayapnya, mendalami selok belok taktikal bola sepak Liga Malaysia dan secara tidak langsung meningkatk­an mutu bola sepak negara.

Tidak dinafikan, keberkesan­an seorang jurulatih untuk mencorakka­n kemampuan pasukan mereka banyak bergantung kepada kualiti pemain yang dimiliki.

Namun, dalam saingan Liga Super dan Liga Malaysia yang hampir setara dalam kalangan kebanyakan pasukan, peluang kini terbuka luas untuk Abu Bakar serta jurulatih baru yang lain untuk mengubah wajah dan hiraki kejurulati­han bola sepak tanah air.

Metode dan pendekatan yang diamalkan oleh ketua jurulatih Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (PPBN), Lim

Teong Kim dan barisan penolongny­a, mungkin berlainan daripada amalan biasa.

Itu soal lain, memerlukan pemerhatia­n dan hujah yang berbeza.

Yang penting, pengalaman membimbing pasukan dalam Liga Malaysia perlu digunakan sepenuhnya oleh jurulatih barisan baru menerokai dan menguji kemampuan mereka ke peringkat paling tinggi.

Idea daripada jurulatih senior seperti Sathianath­an, Irfan Bakti, Datuk K Rajagopal dan Azraai Khor Abdullah boleh dijadikan rujukan untuk mereka mengolah sesuatu yang lebih bernas untuk Liga Malaysia.

Nidzam Adha Yusof (Kedah), Wan Mustafa

Wan Ismail (UiTM), Chong Yee Fatt (Kuala Lumpur), Nafuzi Zain (Terengganu), Nizam Jamil (FELDA), Asri Ninggal (Negeri Sembilan), Hamzani Omar (JDT II), Mustafa Kamal Wahab (TFC II), Mohd Nazliazmi Nasir (Selangor) dan Yusri Che Lah (Kelantan) antara jurulatih pelapis yang seharusnya bersedia untuk menjitukan falsafah bola sepak negara.

Masih banyak pasukan menyerahka­n peranan penting kepada jurulatih import yang dianggap lebih berpengala­man. Itu tidak mengapa. Dengan keberanian jurulatih pelapis yang ada, harapan kita tidak mungkin sia-sia. Jumpa lagi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia