Harian Metro

PIYA JADI USAHAWAN

-

Dalam kecoh-kecoh kontrovers­i yang melanda ekoran ura-ura pasukan Kelantan mahu menggugurk­annya, diamdiam Badhri Radzi atau

Piya membuat persediaan untuk masa depannya dengan menceburi bidang perniagaan.

Esok, bertempat di

AEON Mall, Kota Bharu, Piya akan melancarka­n produk semburan badan untuk lelaki jenama Captain PY4 sebagai langkah awal menceburi bidang perniagaan.

Acara itu akan berlangsun­g daripada

10 pagi hingga 10 malam dengan Piya akan membuat penampilan sebanyak dua kali pada 2-4 petang dan 8 10 malam untuk mempromosi produk berkenaan.

Piya beritahu Spy Bola, dia memilih semburan badan untuk memulakan perniagaan kerana yakin produk itu sangat sinonim dengan kaum lelaki.

“Saya sendiri memang menggunaka­n semburan badan bagi memberi kesegaran serta kewangian selepas latihan atau perlawanan. Malah, saya yakin kebanyakan lelaki zaman sekarang memang menggunaka­n semburan tidak kira mereka aktif bersukan atau tidak.

“Jadi, saya terfikir, mengapa tidak saya mengeluark­an produk sedemikian atas jenama sendiri kerana potensi pasarannya sangat luas.

“Ini adalah langkah pertama saya dalam bidang perniagaan, saya harap ia mendapat sokongan rakan pemain bola, penyokong dan seluruh rakyat Malaysia.

“Saya akan memasarkan secara atas talian dan mengalu-alukan jika ada yang berminat untuk menjadi stokis atau ejen jualan. Insya-Allah jika ada rezeki, saya bercadang meluaskan pasaran ke negara jiran seperti Thailand, Singapura dan Indonesia,” kata Piya.

Untuk permulaan, Piya melabur kirakira RM40,000 bagi menghasilk­an 5,000 botol wangian yang mengandung­i tiga bauan iaitu Legend, Hero dan Marvel.

Jika berjaya, Piya bercadang meluaskan cabang perniagaan­nya malah dia sedang menimbangk­an kemungkina­n memulakan perniagaan pakaian menjelang hari raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Bila Spy Bola usik mengenai jodoh, Piya yang hampir mencecah usia 36 tahun mendedahka­n dia belum bertemu calon yang memenuhi ciri-ciri idamannya.

Spy Bola: Nak bisnes buluh sempena PRU14

 ??  ?? PIYA lancar semburan
jenama Captain PY4.
PIYA lancar semburan jenama Captain PY4.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia