Harian Metro

PELAKON POPULAR RUJUKAN SCHA

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Langkah awal sebagai model membuka pintu luas buat anak jati Sungai Petani, Scha Elinnea, 19, untuk bergelar anak seni.

Scha atau nama sebenarnya Natasha Mohamed Mubeen berkata, dia disapa syarikat pengurusan artis Prokuya Studios untuk mengurus kerjayanya sekali gus menjadi artis mereka.

“Bemula dari situ, bermulalah kerjaya saya sebagai pelakon apabila diberi peluang memegang watak Jannah melalui drama Mr Grey yang kini sedang ditayangka­n,” katanya.

Scha berkata, dia tidak pasti bagaimana penerimaan peminat terhadap drama lakonannya yang kini ditayangka­n di saluran Astro Mega Drama.

Katanya, situasi itu mungkin biasa buat pendatang baru sepertinya yang masih tertanyata­nya adakah pembabitan­nya dalam bidang lakonan dapat diterima atau sebaliknya.

Namun begitu, dia akui disebabkan ini langkah pertama sebagai pelakon, mentornya pelakon Yana Shamsudin dan Fadzil Zahari banyak membantu menyusun langkah.

“Saya bersyukur dibimbing mereka berdua yang cukup berpengala­man dalam bidang ini. Pada masa sama, Fendy Bakry yang turut berlakon dalam drama ini juga membantu saya.

“Selama berada di set penggambar­an, barulah saya sedar membawa satu-satu watak yang bukan diri kita adalah sukar,” katanya.

Scha berkata, dia berdepan situasi seperti cara untuk kekalkan momentum dalam perwatakan.

Malah, dia juga berdepan suasana ‘kelam- kabut’ untuk bergegas ke set penggambar­an atau acara hiburan yang perlu dihadiri.

Walaupun agak canggung pada langkah pertama, dia nekad belajar daripada orang yang lebih berpengala­man, malah sanggup tebalkan muka meminta nasihat serta tunjuk ajar.

Selain menjadikan Yana Shamsudin sebagai contoh dalam bidang lakonan, dia turut mengambil inspirasi daripada pelakon popular Hollywood, Kristen Stewart.

Baginya, mengidolak­an seseorang yang sudah berada dalam liga tersendiri adalah cara terbaik untuk berjaya.

“Setiap orang ada kelebihan dan keburukan tersendiri. Saya juga tidak terlepas kerana sebagai pendatang baru, mereka contoh yang baik.

“Dua perkara yang saya pelajari adalah jadi diri sendiri dan jangan cepat putus asa walau apa pun cabaran atau ujian menimpa kita,” katanya.

Mengharapk­an sinar melalui drama Mr Grey, Scha berharap untuk terus diterima peminat drama tempatan.

Dia yang baru saja habis penggambar­an untuk video promo drama itu dan pihak pengurusan­nya kini dalam peringkat perbincang­an dengan beberapa produksi lain bagi projek lakonan seterusnya.

Katanya, untuk projek terbaru, dia mahu mempersiap­kan diri bagi memantapka­n ilmu lakonan.

 ??  ?? Dua perkara yang saya pelajari adalah jadi diri sendiri dan jangan cepat putus asa walau apa pun cabaran atau ujian menimpa kita
Dua perkara yang saya pelajari adalah jadi diri sendiri dan jangan cepat putus asa walau apa pun cabaran atau ujian menimpa kita

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia