Harian Metro

SHASHA MASIH TERINGIN

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Meskipun masa berlalu, lagu Sehelai Daun Setitis Embun nyanyian Shasha yang dirakam pada 1992 masih dimainkan di radio dan sering menjadi pilihan peminat.

Bahkan video muzik asli lagu ini yang dimuat naik di YouTube mencatat 100,000 tontonan.

Bagaimanap­un, tidak ramai mengenali siapa sebenarnya Shasha atau Sharifah Nur Airin Syed Abdul Aziz.

Shasha, 42, ketika dihubungi berkata, lagu ciptaan Allahyarha­m Adam Ahmad dan diterbitka­n Allahyarha­m Datuk Adnan Abu Hassan itu dirakam ketika dia berusia 16 tahun di bawah syarikat rakaman Happy Records.

“Tak dinafikan saya sangat teruja apabila berpeluang jadi artis pada usia itu. Lagu ini berjaya menaikkan nama saya.

“Dengan populariti yang dikecapi, saya berpeluang merakamkan album kedua yang turut diterbitka­n Abang Dee (Adnan Abu Hassan) pada 1993,” katanya.

Namun malangnya, penghijrah­an Adnan ke syarikat rakaman SRC membawa cerita duka buat Shasha apabila album itu terperap.

“Album sudah siap sepenuhnya termasuk kulit depan tetapi tidak dipasarkan garagara pemilik Happy

Records kecewa dengan pengundura­n Abang Dee.

“Apa boleh buat, saya tiada rezeki untuk lihat album ini berada di pasaran. Disebabkan album itu terperap, Abang Dee bertindak memberikan lagu saya kepada artis lain antaranya Liza Hanim dan Datuk Sheila Majid. Semua lagu itu hit,” katanya.

Menurut Shasha, dia tidak kecewa dengan situasi yang dilalui ketika itu malahan berbangga kerana tetap berjaya menempatka­n nama dalam indsutri seni tempatan.

“Saya teruskan hidup seperti biasa dan akhirnya Happy Records diambil alih syarikat rakaman EMI dan kami bebas buat pilihan.

“Bapa yang bertindak sebagai pengurus saya ketika itu tidak tahu nak buat apa dan akhirnya kami memilih untuk menyanyi di hotel dan kelab hiburan,” katanya.

Ketika menghasilk­an album kedua, Shasha sudah berkahwin dengan pemain dram popular dan dikurniaka­n dua anak tetapi mereka bercerai ketika usianya 19 tahun.

“Dengan hanya satu lagu orang kenal saya, itu pencapaian terbaik pernah saya raih. Saya juga pernah menyanyi dengan kumpulan Freedom dan Born Fire malah aktif menyanyi di hotel serta kelab.

“Saya kemudian berkahwin buat kali kedua pada usia 20 tahun dan dikurniaka­n empat anak sebelum bercerai. Seterusnya saya berkahwin buat kali ketiga, dikurniaka­n seorang anak perempuan dan kekal hingga ke hari ini,” katanya yang mempunyai empat anak lelaki dan tiga perempuan.

Shasha mengakui jiwanya meronta-ronta untuk kembali menyanyi apabila menonton program Gegar Vaganza. Apatah lagi, suaminya tidak menghalang minatnya terhadap muzik.

“Minat ada tetapi saya tak tahu cara untuk menyertai ujian kelayakan yang dijalankan. Apabila baca komen peminat di YouTube mengenai saya, lagi tebal keinginan untuk kembali aktif.

“Sebenarnya saya bukanlah terlalu beria-ia nak menyanyi tetapi lebih kepada untuk melepaskan perasaan rindu terhadap rakan seangkatan. Ada yang masih aktif dan ada juga yang buat kemunculan semula,” katanya.

Bagi mengubat rindu peminat, Shasha akan tampil dengan single duet dengan adiknya, Farhan Safrizan tidak lama lagi.

Penyanyi

Sehelai Daun Setitis Embun

bakal muncul dengan single duet

 ??  ?? Sebenarnya saya bukanlah terlalu beria-ia nak menyanyi
tetapi lebih kepada untuk melepaskan perasaan
rindu terhadap
rakan seangkatan
Sebenarnya saya bukanlah terlalu beria-ia nak menyanyi tetapi lebih kepada untuk melepaskan perasaan rindu terhadap rakan seangkatan
 ??  ?? SHASHA ketika muncul dengan album pertama pada usia 16 tahun
SHASHA ketika muncul dengan album pertama pada usia 16 tahun
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia