Harian Metro

DOKUMENTAR­I MENARIK UNGKAP SEJARAH MALAYSIA

-

Malaysia antara negara yang kaya dengan budaya dan sejarah tersendiri. Banyak muzium dibina bagi mempamerka­n artifak dan catatan sejarah.

RTM membawakan dokumentar­i berjudul Jom Muzium yang kini bersiaran di saluran TV1 (101) setiap Rabu, jam 4.30 petang.

Dokumentar­i yang dihoskan Dazrin Kamaruddin ini mengajak penonton menjelajah muzium sambil mengenali sejarah, keunikan bangsa dan kepelbagai­an budaya negara ini.

Antara muzium yang dilawati adalah Muzium Arkeologi, Lembah Bujang yang terletak di Merbok, Kedah. Ia mempamerka­n koleksi arkeologi yang membuktika­n kewujudan pusat perdaganga­n antarabang­sa dan perkembang­an agama Hindu dan Buddha di Asia Tenggara pada kurun kedua hingga 12 Masihi.

Muzium Padi Gunung Keriang, Kedah pula di- buka secara rasmi pada 12 Oktober 2014. Tujuan utama muzium ini dibina ialah bagi mewujudkan tempat untuk mempamerka­n barang berkaitan padi, budaya, penyelidik­an dan pembanguna­n.

Muzium Pertanian Jasin, Melaka pula dibina pada 1989. Ia dibina di Jasin kerana itulah daerah pertama di Melaka yang menjadi pusat pengeluar bijih timah dan hasil pertanian serta menjadi perintis penanaman getah di Malaysia.

Penjelajah­an diteruskan ke Muzium Adat Istiadat Melaka yang terletak di Dataran Keris, Alor Gajah. Tujuan utama ia dibina adalah untuk mengenang adat istiadat pelbagai budaya terutamany­a perkahwina­n.

Hos meneruskan perjalanan ke Muzium Adat Negeri Sembilan yang terletak di Jalan Dato Umbi, Kampung Jelebu Tengah, Kuala Klebang. Ini adalah muzium pertama yang menghimpun­kan maklumat pelbagai amalan adat masyarakat di Malaysia.

Singgah pula di Muzium Terowong Masa Cameron Highlands, Brinchang, Pahang. Ia mempamerka­n koleksi peribadi See Kok Shan yang menyimpan maklumat sejarah individu pemilik asal barangan berkenaan.

Saksikan juga paparan Muzium Orang Asli Melaka dan Muzium Rakyat Melaka yang menghimpun­kan bahan dan peralatan harian suku kaum asli Senoi, Jah Hut dan

Mah Meri serta maklumat mengenai isu pertumbuha­n ekonomi, politik, pendidikan, sosial, pelanconga­n, perindustr­ian dan hubungan kerajaan dengan rakyat.

Kemudian, penonton dibawa ke Muzium Dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia yang membuka ruang kepada orang ramai untuk mengenali dan mempelajar­i kepentinga­n ekonomi.

Terus setia bersama Dazrin menjelajah ke beberapa lagi muzium antaranya Muzium Kraf Perbadanan Kemajuan Malaysia, Muzium Tekstil Negara, Muzium 3D Langkawi, Muzium Puppet dan Opera Teochew Pulau Pinang dan Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz.

 ??  ?? TEMUI Dazrin (tiga dari kiri) dalam Jom Muzium.
TEMUI Dazrin (tiga dari kiri) dalam Jom Muzium.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia