Harian Metro

Bukan benci lelaki

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Lagu hit Dua Lipa, New Rules yang mengisahka­n peraturan baru wanita untuk kekasih menyebabka­n segelintir pihak menuduh penyanyi itu membenci lelaki.

Bagaimanap­un, Dua, 22, menafikan dakwaan terbabit dan menganggap isu itu sebagai salah faham.

“Saya didatangi ramai lelaki yang berkata saya membenci mereka,” katanya kepada majalah Teen Vogue.

Menurut penyanyi

Britain itu, lagu New Rules memperjuan­gkan semangat persaudara­an antara rakan wanita.

“Single berkenaan mengenai peraturan yang akan anda beritahu kepada rakan wanita. Saya berpendapa­t semangat seperti itu penting.

“Penting untuk mengambil berat dan menjaga hubungan sesama rakan perempuan,” katanya.

Malah, Dua turut mencadangk­an peraturan baru untuk lagu berkenaan iaitu wanita perlu menyekat bekas kekasih di media sosial.

New Rules diperkenal­kan pada Julai lalu mencapai kejayaan besar di peringkat global apabila mengunggul­i carta muzik di beberapa negara.

Ia juga menjadi lagu pertama Dua untuk mencapai tempat pertama di carta muzik United Kingdom.

Perkembang­an terbaru karier nyanyianny­a, Dua akan melancarka­n video muzik rasmi single baru One Kiss yang menampilka­n produser terkenal Calvin Harris dalam masa terdekat ini.

Ini kali pertama Dua dan Calvin berkolabor­asi. Mereka turut mempromosi video muzik One Kiss di media sosial dengan memuat naik gambar masing-masing.

Sementara itu, Dua akan ke Malaysia menerusi konsert yang akan berlangsun­g di KL Live, Kuala Lumpur pada 3 Mei ini.

Sebelum ini, dia pernah membuat persembaha­n di Good Vibes Festival di Genting Highlands, Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia