Harian Metro

Bertahan lebih 25 tahun

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Tidak dinafikan, kediaman yang dibina berasaskan material buluh mempunyai tarikan tersendiri.

Sinonim dengan alam, pilihan material berkenaan dilihat lebih dekat dengan persekitar­an semula jadi.

Lantas, penulis mengutip pengalaman itu dengan mengunjung­i ‘perkampung­an buluh,’ Bamboo Village, Hulu Langat, Selangor, barubaru ini.

Tanpa papan tanda lokasi dan perlu merentasi laluan berbatu kira-kira 300 meter, barulah penulis tiba di perkampung­an itu.

Suntikan elemen buluh yang diadaptasi menjadi idea utama inap desa beroperasi sejak lapan tahun lalu itu menjadi tarikan istimewa bagi mereka yang mencari kelainan.

Di atas tanah seluas lebih 13,716 meter persegi itu, pemiliknya, Mohd Ramadhan Abdul Hamid memanfaatk­an sebaik mungkin sumber alam berkenaan.

Tersembuny­i di celahan rimba, Mohd Ramadhan yang juga pembekal dan pembina struktur berasaskan buluh menyifatka­n material berkenaan sumber kayu yang mampan untuk pembanguna­n masa depan.

“Berbanding kayu hutan yang digunakan dalam proses binaan, buluh lebih cepat hidup dan hanya mengambil masa antara tiga hingga lima tahun untuk matang.

“Sementara kayu hutan lain memerlukan masa lebih 50 hingga 100 tahun barulah sesuai untuk ditebang.

“Mungkin ada segelintir yang skeptikal menganggap bangunan atau struktur buluh tidak memiliki ketahanan atau mudah reput berbanding konkrit, kenyataann­ya pendapat mereka itu salah.

“Sifatnya yang boleh melentur dan fleksibel, antara faktor ketahanan menghadapi gegaran,” katanya yang juga pensyarah seni bina jemputan di beberapa universiti tempatan.

Memiliki 10 binaan buluh di resort berkenaan, Mohd Ramadhan mengakui rumah buluhnya menjadi pilihan pencinta alam yang ingin menerokai dan mengalami pengalaman semula jadi.

Menepati falsafah rumah buluh ‘sejuk ketika siang, hangat pada malam hari,’ binaan buluh yang dianyam menjadi dinding bertindak sebagai saliran udara keluar masuk sekali gus mencipta suasana dalaman yang nyaman dan selesa.

Meskipun buluh mempunyai nilai estetika bagi produk kraf tangan, usaha mempromosi­kan keunikan dan kehebatan

Disifatkan sumber kayu mampan untuk pembanguna­n

masa depan

 ??  ?? KEDUDUKAN rumah buluh lebih menarik di kawasan berlereng.
KEDUDUKAN rumah buluh lebih menarik di kawasan berlereng.
 ??  ?? PENGGUNAAN buluh tepat antara faktor ketahanan.
PENGGUNAAN buluh tepat antara faktor ketahanan.
 ??  ?? TAWAR keunikan.
TAWAR keunikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia