Harian Metro

Menepati semua elemen diingini

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Bukan saja perlu selesa dan memberi impak comel kepada si cilik ketika menyarung pakaian namun rata-rata golongan ibu bersetuju elemen sedap mata memandang menjadi antara faktor terpenting dalam pemilihan busana buat anak tersayang.

Mungkin agak sukar untuk menemui koleksi busana si kecil yang menepati keseluruha­n elemen dimahukan menjadikan jenama fesyen kanak-kanak, AshrafAman­iZ Couture berusaha tampil dengan koleksi istimewa.

Kombinasi renda dan kain satin pusam menjadi buah tangan sulung jenama itu. Lebih menarik ia dipadankan dengan kerongsang tradisiona­l yang mendominas­i rekaan fesyen moden dan tradisiona­l buat si cilik anda.

Nampak ringkas dalam persalinan satu helai, koleksi ini sesuai digayakan terutama menjelang lebaran selain menghadiri jemputan formal pada hujung minggu.

Terserlah keanggunan tatkala menyarung busana koleksi Gaun Maksi Renda Hitam AmaniZ yang didatangka­n dengan empat warna pilihan iaitu kuning mustard, merah jambu, ungu lembayung dan hijau zamrud.

Mencari kelainan dalam rekaan busana kanak-kanak, menurut pengasasny­a Muhammad Ashraf Atan, penggunaan renda bagi busana kanakkanak mungkin agak terhad memandangk­an kehalusan jenis kain itu yang memerlukan penjagaan rapi.

“Namun bagi kami, penggunaan renda hitam yang dipadankan dengan keempat-empat pilihan warna koleksi ini menjadi keistimewa­an dan memberi kelainan sekali gus menonjolka­n lagi keanggunan busana ini ketika digayakan.

“Idea ini dilahirkan isteri saya sendiri ketika dia mereka satu busana untuk puteri sulung kami dan ternyata rekaan itu mendapat pujian ramai,” katanya.

Menurutnya, sejak itu, tercetusny­a idea untuk menghasilk­an rekaan koleksi ini yang menjadi rekaan eksklusif pihaknya kerana keselesaan dan keanggunan digabungka­n dalam menghasilk­an rekaan ini.

“Kami menawarkan satu rekaan sama namun menyediaka­n dua pilihan kepada pelanggan iaitu lengan mempunyai pelapik dan tanpa pelapik.

“Pemilihan empat warna dengan pelapik atau tanpa pelapik dan tanpa pelapik disediakan mengikut keselesaan. Jenis renda yang digunakan adalah berkualiti dan tidak gatal namun terpulang kepada ibu bapa untuk memilih busana yang inginkan,” ujarnya.

Katanya, selain itu, pihaknya turut menyediaka­n perkhidmat­an tempahan awal mengikut warna satin kain pilihan pelanggan.

“Kami memahami setiap keluarga sudah mempunyai warna tema raya masing-masing.

Oleh itu, kami membuka tempahan untuk ibu yang mahukan rekaan koleksi ini mengikut warna tema masingmasi­ng,” katanya.

Menurutnya, setiap busana boleh didapati pada harga antara RM85 sehingga RM99 dan setiap pembelian akan menerima kerongsang tradisiona­l.

Dipadankan kerongsang tradisiona­l jadikan koleksi pakaian kanak-kanak lebih menarik

 ??  ?? COMEL dan eksklusif.
REKAAN busana yang disertakan renda hitam.
COMEL dan eksklusif. REKAAN busana yang disertakan renda hitam.
 ??  ?? KOLEKSI busana kanak-kanak eksklusif.
KOLEKSI busana kanak-kanak eksklusif.
 ??  ?? SESUAI digayakan menjelang
lebaran.
SESUAI digayakan menjelang lebaran.
 ??  ?? SELESA dan cantik dipakai.
SELESA dan cantik dipakai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia