Harian Metro

Tanda kasih buat ibu

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Ibu, dikaulah ratu hati juga tempat menyerah kasih. Kasih ibu membawa ke syurga, restu ibu menjadi penawar dalam perjalanan kehidupan anak-anak. Begitu mulianya hati ibu yang sentiasa berkongsi susah senang demi kebahagiaa­n anak tersayang.

Bersempena sambutan hari ibu yang bakal disambut Mei ini, jenama barang kemas Poh Kong tampil dengan koleksi terbaru khas untuk sambutan itu yang dilancarka­n baru-baru ini.

Ceriakan sambutan hebat ini dan hargailah golongan ibu dengan pemberian barangan kemas istimewa bertemakan ‘Tonjolkan Cinta Anda & Isi Hati Ibu Dengan Kehangatan Serta Kegembiraa­n’.

Dengan pelbagai koleksi aksesori mewah dan menarik, ia pastinya menjadi hadiah terhebat buat insan teristimew­a dalam hati setiap individu.

Pelanggan juga berpeluang menerima payung ‘Magic Love’ eksklusif dengan setiap pembelian barang kemas RM1,000 dan ke atas di semua kedai Poh Kong sementara stok masih ada.

Cara paling tepat untuk menyempurn­akan kesederhan­aan adalah dengan set barang perhiasan ini. Terdiri daripada loket, cincin dan sepasang anting-anting, koleksi ini mempunyai reka bentuk teliti yang memancarka­n aura keanggunan yang indah dan feminin. Emas putih dan berlian melengkapi satu sama lain dengan sempurna untuk membiarkan wanita yang anda cintai tampil lebih anggun dan menawan.

Hargai pengorbana­nnya dengan pemberian barangan kemas

istimewa

Memberi hadiah yang sempurna untuk Hari Ibu sebagai tanda penghargaa­n adalah langkah paling tepat. Berikan insan paling istimewa ini set barang kemas emas klasik dari Koleksi Auspicious yang merangkumi loket cantik dan gelang emas elegan. Apa salahnya sesekali berbelanja besar sedikit untuk mengorakka­n senyuman bahagia di wajah ibu tersayang!

 ??  ??
 ??  ?? 1 CANTIK dan eksklusif
2 HADIAH terbaik sempena hari ibu.
3 MEMBERI gaya anggun dan memukau.
4 DIREKA dengan rekaan terbaik.
1 CANTIK dan eksklusif 2 HADIAH terbaik sempena hari ibu. 3 MEMBERI gaya anggun dan memukau. 4 DIREKA dengan rekaan terbaik.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia