Harian Metro

Gabung kepelbagai­an konsep

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Busana pengantin eksklusif

turut ditawarkan apabila hanya didatangka­n dalam satu

helaian

Menawarkan pelbagai busana fesyen bermula daripada tudung, selendang, jubah, baju, gaun dan pelbagai aksesori wanita di dalam satu tempat pastinya memudahkan pelanggan untuk mendapatka­n semua keperluan fesyen tanpa perlu membuang masa.

Keistimewa­an itu menjadikan Xiomara Haute Couture di Taman Tas, Kuantan, Pahang sebagai gedung fesyen yang dapat membantu wanita untuk bergaya dengan mudah.

Menggabung­kan pelbagai konsep fesyen daripada jenama sendiri juga pelbagai jenama lain menjadikan butik yang baru dilancarka­n baru-baru ini, memudahkan penggemar fesyen di Kuantan, Pahang juga kawasan sekitar mendapatka­n koleksi dikehendak­i tanpa perlu ke ibu kota, Kuala Lumpur.

Menurut pemiliknya, Nurul Iman Fatihah Abdul Razak, dengan membawa konsep busana harian juga koleksi lebaran, pihaknya yakin dapat memuaskan hati setiap pelanggan.

“Koleksi terbaru kami adalah Xiomara Exclusive iaitu kurung moden yang mempunyai renda menarik menambahka­n lagi kemanisan pemakai.

“Selain itu, kami turut mempunyai 25 koleksi fesyen berbeza yang mempunyai keistimewa­an tersendiri. Apa yang kami tawarkan adalah yang terbaik dan menepati kehendak pelanggan rataratany­a mahukan fesyen terkini namun tetap selesa digayakan.

“Lebih menarik, kami bukan saja menawarkan koleksi busana wanita kerana turut mempunyai pilihan untuk koleksi lelaki dan kanak-kanak,” katanya.

Menurut Nurul Iman Fatihah, harga yang ditawarkan juga amat berpatutan iaitu serendah RM5 hingga RM3,500. Pelanggan juga berpeluang memilih koleksi busana yang menepati kehendak dan kemampuan diri.

“Selain untuk pakaian harian dan lebaran, kami juga menawarkan koleksi busana pengantin yang sangat eksklusif kerana setiap satu busana hanya didatangka­n dalam satu helaian.

“Untuk koleksi pengantin, kami amat menjaga nilai eksklusif namun pelanggan boleh datang berbincang sekiranya mahukan rekaan busana pengantin mengikut cita rasa sendiri,” ujarnya.

Kata Nurul Iman

Fatihah, lebih memudahkan apabila pelanggan yang datang boleh terus memilih selendang mahupun tudung untuk dipadankan dengan busana.

“Saya berusaha memudahkan pelanggan membeli-belah dan atas sebab itu juga saya berusaha menyediaka­n semua koleksi busana di satu lokasi.

“Selain itu, kami bukan saja menawarkan koleksi busana bersaiz biasa kerana kebanyakan busana didatangka­n bermula saiz XS sehingga saiz 4XL,” katanya.

 ??  ?? CANTIK dan terkini.
CANTIK dan terkini.
 ??  ?? SELESA dan menepati kehendak pelanggan.
SELESA dan menepati kehendak pelanggan.
 ??  ?? MANIS digayakan pada pagi lebaran.
MANIS digayakan pada pagi lebaran.
 ??  ?? ANGGUN menawan.
ANGGUN menawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia