Harian Metro

Kurta untuk lelaki bergaya

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Koleksi mesra wuduk sesuai untuk semua peringkat usia

Golongan lelaki kini semakin bijak membuat pilihan fesyen kerana rata-ratanya mempunyai kemahuan dan kesukaan sendiri dalam menentukan busana yang ingin digayakan.

Senario itu nyata berbeza dengan golongan terbabit pada era 1990-an yang lebih bersikap acuh tidak acuh dan menyerahka­n segala keputusan mengenai fesyen kepada golongan wanita terdekat seperti isteri atau ibu.

Berusaha memberi gaya moden dalam busana kurta buat jejaka terutama menjelang lebaran yang mahukan penampilan ringkas namun tetap segak membuatkan jenama tempatan D’maarif hadir dengan variasi koleksi kurta.

Direka mengikut perkembang­an fesyen semasa apabila kebanyakan jejaka lebih gemar memilih busana yang mempunyai potongan muat padan moden menjadikan koleksi ini sesuai buat lelaki mementingk­an gaya.

Menurut pengasasny­a Muhammad Arif Ali, setiap kurtanya dihasilkan menggunaka­n fabrik berkualiti tinggi, tidak terlalu nipis atau mudah berkedut, dijahit kemas selain rekaannya yang terletak pada badan.

Menurutnya, pihaknya mempunyai pelbagai koleksi kurta yang mesra wuduk dan disertakan poket.

“Semua koleksi ini didatangka­n dalam pelbagai pilihan warna menarik dan sesuai digayakan untuk majlis formal, ke pejabat dan juga kasual.

“Ramai pelanggan yang menggayaka­nnya untuk menghadiri majlis jemputan keramaian, menunaikan ibadat di surau atau masjid juga untuk keluar bersantai,” katanya.

Katanya, koleksi ini sesuai digayakan lelaki seawal usia remaja hingga warga emas kerana rekaannya yang kemas dan selesa.

“Koleksi kurta ini dijual dengan harga berpatutan bermula

RM89 hingga RM179 bergantung kepada jenis.

“Bagi memperluas­kan pilihan, kami menyediaka­n saiz daripada S hinggalah

XXL. Rekaannya yang ringkas namun kelihatan trendy menjadi daya penarik koleksi kurta ini,” ujarnya.

 ??  ?? Semua koleksi ini didatangka­n dalam pelbagai
pilihan warna menarik dan sesuai digayakan untuk majlis formal, ke pejabat dan juga kasual
ELEGAN dan terkini.
Semua koleksi ini didatangka­n dalam pelbagai pilihan warna menarik dan sesuai digayakan untuk majlis formal, ke pejabat dan juga kasual ELEGAN dan terkini.
 ??  ?? SELESA digayakan
di pelbagai acara.
SELESA digayakan di pelbagai acara.
 ??  ?? SEGAK pada pagi lebaran.
SEGAK pada pagi lebaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia