Harian Metro

PEMILIK TINGGAL BOT

Anggota penguat kuasa temui botol kaca kosong, karung plastik baja urea kosong diguna untuk bom ikan

- Suzianah Jiffar suzianah@nstp.com.my

Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua bot pam yang dipercayai digunakan pemiliknya dalam melakukan kegiatan mengebom ikan di perairan Landayang, Pitas di sini, pagi kelmarin.

Kedua-dua bot pam itu ditahan dalam Op Gasak jam 10.50 pagi menerusi operasi bersama agensi keselamata­n lain termasuk Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Taman-Taman Sabah serta Jabatan Pendaftara­n Negara.

Pengarah Maritim Malaysia Kudat, Leftenan Komander Boon Chin Chau berkata, dua bot pam itu ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigak­an.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati bot itu ditinggalk­an pemiliknya yang disyaki warga asing dan menemui beberapa peralatan iaitu botol kaca kosong dan karung plastik baja urea (Ammonium Nitrate) kosong dalam sebuah bot berkenaan.

“Kedua-dua bot pam yang tidak mempunyai nombor pendaftara­n itu disyaki melakukan kegiatan mengebom ikan di perairan berkenaan,” katanya menerusi kenyataann­ya di sini, semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan 8(1) dan (2) Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002 dan Akta Perikanan 1985.

Chin Chau berkata, operasi bersama itu adalah kerjasama antara jabatan dan agensi kerajaan dalam mengekang kesalahan atau pelanggara­n undang-undang di perairan Kudat.

“Operasi bersama ini dijalankan selama dua hari hingga semalam yang membabitka­n enam pegawai dan 33 anggota penguat kuasa. Sebanyak dua bot laju dari Maritim Malaysia dan dua bot laju dari PPM digunakan dalam operasi ini,” katanya.

Kedua-dua bot pam yang tidak mempunyai nombor pendaftara­n itu disyaki melakukan kegiatan mengebom ikan di perairan berkenaan”

Boon Chin Chau

 ??  ?? ANGGOTA penguat kuasa APMM menahan dua bot pam dalam Op Gasak di perairan Landayang, Pitas.
ANGGOTA penguat kuasa APMM menahan dua bot pam dalam Op Gasak di perairan Landayang, Pitas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia