Harian Metro

GENG RADIT TUMPAS

- Mohd Nazllie Zainul cnews@nstp.com.my

Polis menumpaska­n kumpulan penjenayah dikenali Geng Radit dianggotai empat lelaki termasuk tiga warga Indonesia yang disyaki aktif melakukan rompakan sekitar daerah ini.

Semua suspek berusia 23 hingga 40 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini susulan maklumat risikan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim berkata, operasi dijalankan susulan laporan diterima berhubung kes rompakan bersenjata di sebuah rumah di Taman Tanaki pada 20 April lalu.

Dalam kejadian itu, katanya, dua suspek menceroboh masuk rumah terbabit ketika semua penghuniny­a sedang tidur sebelum mengacukan pisau dipercayai diambil di ruang dapur dan mengikat pemilik rumah serta isterinya menggunaka­n wayar peralatan pengering rambut. “Mereka melarikan pelbagai

Empat lelaki termasuk tiga warga Indonesia ditahan

barangan termasuk wang tunai RM500 dan wang tunai dalam mata wang Hong Kong, seutas rantai emas dan dua telefon pintar,” katanya , di sini, semalam.

Mohd Haris berkata, susulan penahanan semua suspek, polis merampas pelbagai barangan bernilai hampir RM5,000 disyaki diperoleh hasil kegiatan jenayah.

“Hasil siasatan mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397,” katanya.

 ??  ?? MOHD Haris menunjukka­n barangan yang dirampas.
MOHD Haris menunjukka­n barangan yang dirampas.
 ??  ?? SUSPEK terbabit dalam kes samun ditahan.
SUSPEK terbabit dalam kes samun ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia