Harian Metro

Akhirnya tersungkur jua...

-

Kuching: Kegiatan samun awal pagi yang dilakukan seorang penganggur bersama rakannya di sekitar daerah ini dan Padawan sejak empat bulan lalu akhirnya menemui noktah apabila ditahan polis 16 April lalu.

Lelaki berusia 22 tahun itu ditahan pegawai dan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sebuah rumah di Taman Malihah, Matang, jam 1 tengah hari hasil risikan dan siasatan lanjut.

Ketua JSJ Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, suspek dipercayai bersama seorang rakannya yang masih bebas menyasarka­n kedai serbaneka 24 jam sebagai lokasi untuk melakukan samun sejak 1 Januari lalu.

Menurutnya, suspek yang menggunaka­n pisau dan parang untuk menyamun kebiasaann­ya akan melakukan jenayah itu antara jam 1 pagi hingga 6 pagi memandangk­an waktu itu sunyi di kebanyakan kawasan.

“Kes pertama yang dikesan dilakukan kumpulan ini adalah di kedai serbaneka di Pusat Komersial Stutong, jam 2.10 pagi, 1 Januari lalu dengan melarikan wang tunai RM450 dan rokok pelbagai jenis.

“Suspek akan mencederak­an pekerja kedai serbaneka yang disamun sekiranya mangsa tidak mahu mengikuti arahan mereka untuk menyerahka­n wang dan barangan diminta,” katanya di sini, semalam.

Dev berkata, susulan kejadian itu, polis menubuhkan pasukan khas untuk mengesan suspek dan hasil siasatan lanjut, polis tidak menolak kemungkina­n suspek melakukan 15 samun menggunaka­n modus operandi sama sepanjang Januari hingga bulan ini.

“Ujian air kencing ke atas suspek mendapatin­ya positif dadah manakala Honda EX5 yang dirampas menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu dipercayai dicuri.

“Polis masih giat mengesan seorang lagi suspek iaitu Mohd Hisham Meran, 24, yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian sama dan orang ramai diminta tampil menghubung­i balai polis untuk menyalurka­n maklumat,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan menggunaka­n senjata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia