Harian Metro

APABILA NAMA DIGUGUR

- Penulis Pengarang Berita Kanan Integrasi NSTP

TABIK spring buat trio bekas wakil rakyat UMNO dari Pahang yang menampilka­n sikap terbuka dan berlapang dada apabila nama mereka tidak tercatat dalam line-up calon Barisan Nasional (BN) Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei depan.

Bukan mahu mengangkat mereka, tetapi itu antara teladan oleh pemimpin dan ahli parti sekiranya nama mereka tidak lagi berada dalam senarai untuk menjadi wakil rakyat.

Apa yang sungguh membanggak­an ketiga-tiga trio itu tampil di pentas ketika Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob mengumumka­n calon BN yang akan bersaing dalam PRU14 nanti.

Mereka adalah Ahli

Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail, ADUN Muadzam Shah , Datuk Seri Maznah Mazlan dan ADUN Demak, Datuk Lau Lee.

“Saya bangga kerana mereka berlapang dada di pentas bersama dengan ahli dan pemimpin BN di Yayasan Pahang.

“Saya sedih kerana mereka tidak akan bertanding...saya mengenali mereka begitu lama dan mereka tidak menunjukka­n sebarang rasa dendam, tetapi muncul untuk terus memberikan sokongan.

“Saya berharap calon baru tidak meminggirk­an mereka dan memberikan mereka ruang untuk membantu bagi memastikan parti mencapai kemenangan di kerusi yang ditandingi.

“Saya tidak akan sesekali melupakan sahabat-sahabat ini,” katanya dalam nada sebak sebelum mengumumka­n calon dan menyerahka­n watikah pelantikan kepada calon BN, kelmarin.

Memang sedih jika tidak dicalonkan semula, terutama jika selama ini segala jiwa dan raga ditaburkan bagi memberikan perkhidmat­an terbaik kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Tetapi, itulah resam dan rencam politik, ada dicalon pertama kali, dicalonkan semula dan digugurkan bagi memberikan laluan kepada calon lain mencambah minda baru untuk digabungka­n dengan jasa lama yang ditaburkan pemimpin sebelum itu.

Senario digugurkan ini, sebenarnya bukan hanya melanda UMNO dan komponen BN lain, tetapi turut membabitka­n parti pembangkan­g sehingga menimbulka­n sedikit titik bengit yang agak menggusark­an kepemimpin­an tertinggi.

Ironinya, pasti setiap ketua parti sudah menyaring dan menapis secukupnya calon wakil rakyat yang ditampilka­n bukan saja boleh menang, tetapi memang disenangi rakyat di kawasan mereka.

Apa yang perlu diingat, walaupun sudah berpenggal-penggal duduk di kerusi empuk wakil rakyat, ia bukan pasport untuk tidak boleh ditukar kepada orang lain. Perlu diakui kemenangan kita atas sokongan rakyat di kawasan itu yang melihat parti yang diwakili masih mampu dan relevan untuk memberikan khidmat baik kepada mereka.

Oleh itu, tidak salah jika penyandang membuka ruang pula kepada pemimpin lain untuk turut menyumbang sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

Tidak timbul rasa, ‘aku orang lama, sepatutnya wajib dicalon lagi’.

Berlapang dada lah, jika mahu melihat parti masing-masing mencapai kejayaan yang diidamkan. Teruskan bekerjasam­a dengan calon baru bagi memastikan calon itu berjaya.

Jika ini mampu dilakukan, pemimpin itu boleh dilihat memiliki ciri mulia pemimpin, yang mungkin jasanya akan dikenang oleh rakyat walaupun sudah tidak ada jawatan.

Penulis tertarik dengan sikap seorang pemimpin UMNO bahagian yang pada awalnya nama beliau dikatakan dalam senarai calon BN PRU14, malah sudah membuat ‘kerja’ di kawasannya sejak beberapa tahun lalu.

Namun, beliau akur apabila namanya tidak dicalonkan dan masih kekal dan mahu membantu BN memenangi kerusi itu.

“Saya akui sudah pasti ada yang suka dan sebaliknya, tetapi itulah hakikatnya, kepemimpin­an parti perlu mengambil hati mereka semula dengan kaedah menarik rambut dalam tepung, tepung tidak tumpah, rambut tidak putus,” katanya yang mahu kaedah itu diberikan perhatian.

Hakikatnya, bukannya sukar untuk menjadi pemimpin yang memiliki ciri yang boleh dibanggaka­n serta disanjungi dan akhirnya membawa imej baik parti itu sendiri.

Bagi yang tidak dicalonkan, ia bukan noktah khidmat, tetapi banyak cara boleh digunakan untuk menyumbang­kan kebajikan dan kesejahter­aan rakyat.

Biarlah rakyat melihat kita dengan penuh bangga dek ‘keberanian’ kita berundur diri bagi memberi ruang kepada yang lebih muda untuk menampilka­n kemampuan mereka.

Ambillah iktibar yang pepatah suci ini, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat, teruskan kaedah hidup bermasyara­kat umpama aur dengan tebing yang perlunya hubungan rapat antara satu sama lain dan saling membantu .

Bagi bekas penyandang, sama ada dalam kalangan parti pemerintah dan pembangkan­g, buang jauh-jauh rasa kecil hati dek kecewa tidak dicalon semula mungkin ada hikmat di sebalik apa yang berlaku.

Cuba muhasabah diri mungkin ada ada ketirisan pada diri yang mendorong ‘bos’ parti kita memberi ruang kepada rakan kita untuk berada di tempat kita walaupun hakikatnya kita berasa sudah memberikan khidmat terbaik kepada parti dan negara.

Jangan bersedih dan kecewa dan sentiasa berfikiran positif serta sentiasa ingat perancanga­n Allah SWT lebih merangkumi segalanya berbanding perancanga­n manusia. Mungkin ia terbaik untuk kita.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia