Harian Metro

JIMMY PENCIPTA REKOD

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

Seawal usia enam tahun lagi, Jimmy Shahrul Hisham sudah didedahkan dengan aktiviti ekstrem mendaki tebing tinggi ataupun rock climbing.

Siapa sangka pada usianya yang kini mencecah sembilan tahun, dia mampu menawan tebing batu granit setinggi 702 meter dengan tahap kecondonga­n menegak 90 darjah serta dikatakan antara laluan pendakian tebing tinggi paling mencabar di Asia Tenggara iaitu Gunung Nenek Semukut di Pulau Tioman, Pahang.

Lebih manis lagi dalam ekspedisi pendakian tebing tinggi yang lebih dikenali sebagai Dragons Horns di pulau peranginan terkenal pada 21 April lalu menerusi laluan Freebird itu, Jimmy berjaya mencipta dua rekod kebangsaan iaitu sebagai pendaki termuda yang menawan laluan tebing setinggi 702 meter dari paras laut (mdpl) dan pendaki tebing termuda turun secara

abseiling sepanjang 229 meter. Malah, rekod itu juga tidak mustahil untuk mengetepik­an pemegang rekod dunia pendaki tebing tinggi termuda, Stella Noble yang mendaki Colorado Long Peak, Amerika Syarikat dengan jarak pendakian 862 meter.

Meskipun jarak pendakian Stella 160 meter lebih jauh daripada Jimmy, namun pada usianya sembilan tahun, lima bulan 29 hari ketika berjaya menawan laluan itu berbanding Stella sembilan tahun, 11 bulan 23 hari ketika dia melakukan ekspedisi tebing tinggi di Colorado pada 2011 menunjukka­n usia Jimmy lebih muda dalam pendakian tebing batu.

Jimmy berkata, mendaki tebing batu di Dragons Horns sememangny­a sukar terutama terdapat laluan yang mempunyai batuan rapuh serta keadaan cuaca sukar diramal.

Namun, katanya, sebagai pendaki yang mempunyai prinsip tidak mudah mengalah meskipun melalui detik sukar, dia tetap berpaut pada rongga batu lain dan tidak bergantung kepada tali sekiranya batu yang dipegangny­a rapuh.

“Kami memulakan ekspedisi mendaki tebing pada jam 8 pagi dan berjaya tiba di puncak pada jam 6.30 petang. Kemudian turun secara abseiling pada jam 12 tengah malam dan tiba di kem induk Dragons Horns pada jam 2 pagi untuk bermalam.

“Sememangny­a mendaki tebing batu ini adalah sukar kerana terdapat laluan batu rapuh, keadaan cuaca yang sukar diramal dan lokasi pendakian adalah laluan angin,” katanya yang turut melakukan ekspedisi itu bagi mempromosi­kan kempen antibuli kanak-kanak yang dianjurkan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Tambahnya, lebih mencabar apabila dia perlu mendaki ketika hujan dan angin kuat menyebabka­n keadaan mendaki lebih sukar kerana sejuk dan kumpulan ekspedisi itu yang turut disertai empat pendaki profesiona­l lain menjangkak­an suhu ketika hujan sekitar 20 darjah Celsius.

Pendaki cilik profesiona­l

catat rekod baru di Gunung Nenek Semukut

Katanya, kumpulan ekspedisin­ya juga perlu melakukan tujuh kali pemasangan tali untuk menuju ke puncak dan setiap kali berhenti berehat bagi melakukan pemasangan tali dia juga kadangkala berada dalam keadaan tergantung di tebing.

“Saya tidak pernah berasa takut atau ada perasaan gayat ketika mendaki tebing kerana pemandanga­n di bawah cantik dan sudah biasa berada dalam keadaan tergantung di tebing batu ataupun tembok tiruan ketika berlatih sejak berusia enam tahun.

“Saya sentiasa berasa gembira dalam ekspedisi ini dan ada juga berasa sedih kerana tidak dapat melihat pemandanga­n di bawah ketika abseiling memandangk­an keadaan hari sudah gelap serta perlu menumpukan teknik turun dengan selamat,” kata murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Methodist, Petaling Jaya, Selangor ini.

Anak bongsu kepada pasangan Shahrul Hisham Tahir dan Maziah Joary Tajudin itu juga adalah atlet termuda negara dalam sukan mendaki tembok tiruan yang mempunyai cita-cita untuk mewakili negara dalam sukan itu yang dipertandi­ngkan menerusi Sukan Olimpik pada masa depan.

Shahrul berkata, pembabitan Jimmy dalam ekspedisi berkenaan pada usia semuda itu tidak disangka kerana dia menjangkak­an anaknya hanya akan dapat melakukann­ya pada usia 16 atau 17 tahun memandangk­an laluan ke puncak gunung itu terkenal dengan kesukarann­ya dalam kalangan pendaki tebing tempatan dan antarabang­sa.

Katanya, bagaimanap­un dia yakin Jimmy mampu melakukan pendakian itu memandangk­an sudah

melakukan latihan intensif serta mendapat bimbingan daripada jurulatih profesiona­l termasuk jurulatih atlet negara.

“Sebelum memulakan ekspedisi ini, boleh dikatakan setiap hujung minggu saya membawa Jimmy berlatih di laluan tebing batu di Bukit Takun, Rawang kerana terdapat kesukaran laluan yang hampir sama dengan laluan pendakian Dragons

Horns.

“Selain itu dalam tempoh tiga bulan, Jimmy turut mendaki tembok tiruan yang dibina di pekarangan rumah selama 45 minit tanpa henti untuk menguasai 1,000 kali laluan setiap kali berlatih bagi memantapka­n stamina dan kemahiran memegang batu,” katanya yang turut aktif mendaki tebing batu lebih 20 tahun lalu.

Beliau berkata, ketika ini dia dalam proses akhir berurusan dengan Malaysia Books Of Record bagi mendapatka­n pengiktira­fan secara formal kejayaan Jimmy menawan puncak gunung berkenaan.

Tambahnya, dia juga dalam proses mencari maklumat mengenai rekod pendaki termuda dunia selain Stella yang disiarkan media antarabang­sa untuk mengetahui kedudukan rekod yang dicipta Jimmy.

“Sebenarnya kami bukan untuk mengejar atau ingin memecahkan rekod pendaki muda lain tetapi ini adalah sebahagian daripada pembakar semangat untuk Jimmy terus berusaha mengejar sebahagian daripadany­a cita-citanya iaitu menjadi atlet kebangsaan dalam sukan mendaki tembok tiruan selain bergelar akauntan pada masa depan,” katanya.

 ??  ?? DRAGON Horns antara laluan mendaki tebing mencabar di Asia Tenggara. JIMMY belajar mendaki seawal usia enam tahun.
DRAGON Horns antara laluan mendaki tebing mencabar di Asia Tenggara. JIMMY belajar mendaki seawal usia enam tahun.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AKSI terbalik ketika berlatih.
AKSI terbalik ketika berlatih.
 ??  ?? KEMUDAHAN tembok tiruan di rumah memudahkan Jimmy melakukan latihan intensif.
KEMUDAHAN tembok tiruan di rumah memudahkan Jimmy melakukan latihan intensif.
 ??  ?? JIMMY (tengah) bersama pendaki lain ketika berada di puncak Dragon Horns.
JIMMY (tengah) bersama pendaki lain ketika berada di puncak Dragon Horns.
 ?? FOTO: ?? PEMANDANGA­N menarik di puncak beri kepuasan maksimum.
MOHD YUSNI ARIFFIN DAN IHSAN JIMMY
FOTO: PEMANDANGA­N menarik di puncak beri kepuasan maksimum. MOHD YUSNI ARIFFIN DAN IHSAN JIMMY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia