Harian Metro

4 KRITERIA PEMILIHAN CALON BN

- Maiamalina Mohamed Amin, Shaarani Ismail dan Teh Athira Yusof cnews@nstp.com.my

Semua calon Barisan Nasional (BN) yang diumumkan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini menandatan­gi watikah pelantikan masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak memuktamad­kan senarai itu dan tiada pertukaran dibuat sehingga proses penamaan calon, esok.

Beliau berkata, kepemimpin­an parti tidak melayan sebarang desakan menukar atau menamakan calon lain.

“Walaupun ada usaha beberapa individu dan kumpulan mereka untuk terus melobi dan desak supaya pertukaran dilakukan, Yang Amat Berhormat Najib memuktamad­kan 100 peratus nama berkenaan dan watikah ditandatan­gani diserah kepada mereka (calon).

“Perlu diketahui dalam perlembaga­an parti, peraturann­ya (adalah) mereka sama ada parti komponen atau UMNO yang tidak puas hati atau tak dicalonkan secara automatik terkeluar daripada hak keahlian parti (jika bertanding bebas),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas lawatan sekitar Waterfront Bagan Datuk di sini, semalam.

Berikutan itu, Ahmad Zahid mengharapk­an sokongan semua pemimpin dan ahli akar umbi untuk bersatu dan menyokong calon bagi memenangka­n BN.

Katanya, calon yang terpilih pula perlu bekerja keras bukan hanya untuk memenangka­n kerusi diwakili, bahkan berusaha mendekati mereka yang tidak dicalonkan serta penyokongn­ya.

“Usaha ini harus dibuat calon (bertanding) bersama jentera. Jangan ada perasaan merendahka­n atau lakukan sesuatu negatif terhadap mereka yang tak berjaya atau disambung sebagai wakil rakyat.

“Dan saya harap kita turun bertemu akar umbi dan terus gamit dukungan penyokong.

“Bukan hanya BN berdepan masalah pemilihan calon, parti lawan juga. Kami pilih calon terbaik daripada yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, mengulas isu Muslimin Yahaya iaitu pegawai khas seorang daripada setiausaha politiknya yang menyertai pakatan pembangkan­g, Ahmad Zahid berkata, beliau menasihati bekas Ahli Jawatankua­sa UMNO Sungai Besar itu sebelum Muslimin bertindak keluar parti, kelmarin.

Beliau berkata, Muslimin membuat keputusan itu selepas hasratnya bertanding di Parlimen Sungai Besar tidak ditunaikan.

“Dia umumkan sertai PKR. Sebelum ini saya nasihatkan dia bersabar, tapi dia berhasrat bertanding di Sungai Besar, maka saya ucapkan selamat berjaya.

“Dia kena bayar harga sepatutnya apabila buat tindakan demikian.

“Itu tindakan peribadi beliau sebagai individu dan saya harap tidak dikaitkan dengan setiausaha politik saya ataupun permasalah­an di Sungai Besar kerana saya serahkan masalah ini (untuk ditangani) atas kebijaksan­aan kepemimpin­an UMNO Sungai Besar,” katanya.

Muslimin sebelum ini pernah menjadi setiausaha politik Allahyarha­m Tan Sri Noriah Kasnon.

Difahamkan, pakatan pembangkan­g menamakan Muslimin sebagai calonnya untuk bertanding di Sungai Besar.

Kepemimpin­an BN tak layan desakan tukar calon saat akhir

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia