Harian Metro

ALAT GANTI BERTERUSAN

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@nstp.com.my

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) memberi jaminan akan menyediaka­n alat ganti secukupnya bagi model Myvi generasi kedua.

Perkara itu dizahirkan melalui pembukaan satu saluran produksi alat ganti baru dioperasik­an vendor Perodua, IQM Sdn Bhd di Proton City, Tanjung Malim, Perak.

Presiden Perodua Auto Corporatio­n Sdn

Bhd (PCSB), Takahashi Masanori berkata, syarikat terbabit bertanggun­gjawab menghasilk­an komponen seperti hud, pintu, fender, panel suku dan bumbung untuk model popular berkenaan.

“Demi memberi ketenangan minda dan keselamata­n kepada pelanggan,

Perodua komited terus menghasilk­an alat ganti berkualiti tinggi dan mampu milik.

“Langkah Perodua melantik pihak ketiga mengeluark­an alat ganti Myvi generasi kedua ini berikutan kemudahan kilang utama sudah mencapai kapasiti maksimum,” katanya ketika Majlis Pembukaan Rasmi Saluran Alat Ganti Servis Perodua, minggu lalu.

Hadir sama Naib Presiden PCSB, Datuk Zainal Abidin Ahmad, Pengarah Eksekutif IQM Sdn Bhd, Aidil Azlan Mohd Fitri dan Pengurus Besar Perniagaan dan Pemasaran IQM Sdn Bhd, Azrai Ramli.

Terdahulu, Perodua Myvi generasi kedua dikeluarka­n bermula Mei 2011 sehingga Oktober tahun lalu terjual lebih

519,000 unit.

Menurut Takahashi, IQM sememangny­a layak untuk membekalka­n alat ganti model popular berkenaan termasuk masih menjadi pengeluar alat ganti Perodua Viva walaupun model itu sudah ditamatkan produksiny­a pada 2014.

“Selain kedua-dua model ini, alat ganti tulen untuk Myvi generasi pertama, Kelisa dan Kancil masih dihubungka­n melalui injap angin akan menghantar maklumat melalui Bluetooth ke peranti pintar.

Sekiranya tekanan tayar jatuh di bawah lapan peratus daripada tekanan disyorkan, bunyi dan lampu amaran akan menyala untuk menyedarka­n pemandu.

Selain itu, pengguna boleh memuat turun aplikasi mudah alih FOBO Tire (tersedia untuk iOS 7.1, Android 4.3 dan ke atas) untuk mengetahui tekanan dan suhu tayar dihasilkan vendor tempatan hingga sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Takahashi berkata, Myvi Service Parts Line di IQM Tanjung Malim hanya menghasilk­an komponen badan model berkenaan, manakala alat ganti enjin masih dikeluarka­n Perodua Manufactur­ing Sdn Bhd (PMSB) di Rawang.

Perodua lantik IQM Sdn Bhd hasil alat ganti berkualiti Myvi generasi

kedua

kenderaan mereka.

Sensor tayar dikuasakan bateri sel syiling, manakala peranti pintar dikuasakan dua bateri bersaiz AA.

Sehingga 30 Jun depan, TPMS Smart Bluetooth GearUp ditawarkan pada harga pengenalan RM385 sebelum dijual dengan harga RM430 dengan jaminan enam bulan.

Untuk mengelakka­n kecurian, sensor tayar individu boleh dikunci menggunaka­n alat pengunci kunci.

 ??  ?? PENGURUSAN tertinggi Perodua bergambar bersama kakitangan IQM Sdn Bhd.
PENGURUSAN tertinggi Perodua bergambar bersama kakitangan IQM Sdn Bhd.
 ??  ?? PERANTI khas pantau tekanan tayar.
PERANTI khas pantau tekanan tayar.
 ??  ?? PERODUA Myvi generasi kedua.
PERODUA Myvi generasi kedua.
 ??  ?? TAKAHASHI (dua dari kanan) bersama Zainal Abidin (kanan) mendengar penerangan operasi IQM Sdn Bhd di Proton City, Tanjung Malim.
TAKAHASHI (dua dari kanan) bersama Zainal Abidin (kanan) mendengar penerangan operasi IQM Sdn Bhd di Proton City, Tanjung Malim.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia