Harian Metro

Berlian merah bantu lelaki kekal cergas

-

Beri goji berwarna merah terang dan berbentuk bujur bukan sekadar buah yang boleh dimakan, ia juga dipercayai mengandung­i banyak khasiat untuk kesihatan. Buahnya yang kecil-kecil banyak digunakan dalam perubatan tradisiona­l Cina sejak berabad lamanya.

Malah, buah beri goji digelar ‘berlian merah’ di China lantaran khasiatnya yang tinggi termasuk dikatakan sebagai makanan panjang umur kerana ia memperlaha­nkan proses penuaan. Kandungan nutrien yang tinggi juga membantu meredakan tekanan, meningkatk­an kualiti tidur dan prestasi tubuh serta mengurangk­an berat badan.

Manfaat kesihatan lain dalam beri goji adalah membekalka­n bahan antioksida­n yang tinggi, perbaiki fungsi imun dan antikanser, galak kulit yang sihat, lindung kesihatan mata, bantu menstabilk­an aras gula, menyingkir­kan toksik pada hati, kekalkan tenaga dan mood yang baik serta memperting­katkan kesuburan.

Menyedari hakikat itu, syarikat Like

Method Marketing Sdn

Bhd memperkena­lkan suplemen kesihatan untuk lelaki terutama bagi menambah tenaga dan memperting­katkan stamina dalam bentuk tablet kunyah dengan jenama Berry Jaga.

Pengasasny­a, Ahmad Khairi Mohd Ariff berkata, kebelakang­an ini golongan lelaki juga sudah mula mengambil berat mengenai kesihatan tubuh menyebabka­n permintaan terhadap suplemen kesihatan semakin tinggi.

“Oleh itu, kami ingin membantu lelaki supaya kekal cergas, malah menjadi aktif dalam menjalani kehidupan harian menerusi suplemen yang mudah diambil.

“Disebabkan terlalu memberi tumpuan kepada kerja, lelaki hanya memberi sedikit masa dan ada kala terlupa menjaga kesihatan sendiri.

“Tubuh kita alami perubahan dari semasa ke semasa menyebabka­n keperluan untuk kesihatan turut berubah. Oleh itu, berilah badan kita keperluan nutrisi yang betul untuk mengekalka­n prestasi badan termasuk minda supaya sentiasa berada di tahap terbaik,” katanya.

Katanya, beri goji berkesan menangani tekanan baik mental mahupun fizikal kerana manfaatnya membantu menyeimban­gkan kelenjar adrenal dalam tubuh yang merosot akibat tekanan.

“Kelenjar adrenal yang sihat dan kawalan tekanan yang baik penting untuk mengekalka­n tenaga dan stamina secara keseluruha­n.

“Beri goji juga membantu melindungi kesihatan kardiovask­ular sekali gus mencegah penyakit jantung dan strok dengan menstabilk­an aras kolesterol serta merendahka­n tekanan darah,” katanya.

Selain Beri Jaga, Ahmad Khairi memperkena­lkan minuman botani daripada ekstrak ubi jaga iaitu X360 B-Jaga yang dihasilkan melalui penyelidik­an makmal selama setahun oleh ahli kimia yang bertauliah dan proses penghasila­n Amalan Pengilanga­n Yang Baik (GMP) yang amat ketat serta label disemak dengan Kementeria­n Kesihatan (KKM) dengan nombor rujukan KKM.600-7/2/1.

“Minuman ini dihasilkan daripada sembilan ramuan bawang putih, kurma, delima, halba, pegaga, belalai gajah, tongkat Ali dan bahan utamanya iaitu ubi jaga yang diketahui banyak khasiat untuk memberi tenaga dan kekuatan dalaman.

“Kami juga menggunaka­n kurma kerana ia mampu memberi tenaga berterusan dan membantu kita sentiasa rasa kenyang. Bawang putih, delima dan halba pula membantu dalam mengurangk­an berat dengan menurunkan aras kolesterol dan menyingkir­kan lemak,” katanya.

Ahmad Khairi berkata, menjelang Syawal pihaknya melancarka­n kempen menawarkan ganjaran duit raya RM1,000 kepada 10 ejen yang mencapai jualan tertinggi. Beliau menawarkan hadiah berbuka puasa di hotel lima bintang dan duit raya RM1,000 kepada lima pengguna bertuah yang menyertai peraduan menerusi pembelian.

“Kami menyasarka­n menambah 1,000 ejen jualan dalam tempoh dua bulan dengan pelbagai insentif menarik. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang berryjaga.com atau fb.com/berryjaga,” katanya.

 ?? FOTO: ?? AHMAD Khairi bersama suplemen kesihatan untuk lelaki bagi menambah tenaga dan pertingkat stamina (ini adalah iklan ubat).
FOTO: AHMAD Khairi bersama suplemen kesihatan untuk lelaki bagi menambah tenaga dan pertingkat stamina (ini adalah iklan ubat).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia