Harian Metro

Wajib beriman dengan al-mizan

-

mendengar kuliah di masjid, penceramah ada menceritak­an mengenai al-mizan iaitu neraca atau alat yang akan menyukat berat amalan kita di akhirat kelak. Bagaimana amalan setiap manusia dihitung kerana amalan itu tidak mempunyai jisim dan bentuk.

Zulfikry Johor Bahru

seorang Muslim, wajib bagi mereka untuk beriman dengan al-mizan iaitu satu kaedah yang diterangka­n dalam al-Quran dan hadis sebagai penyukat pahala serta dosa seseorang di padang mahsyar nanti.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesiapa yang berat timbangan (kebaikanny­a) maka mereka itulah orang-orang yang dapat untung.

“Dan Sesiapa yang ringan timbangann­ya, maka mereka itulah orangorang yang merugikan diri mereka sendiri, mereka kekal di dalam neraka jahanam. Muka mereka dibakar api neraka, dan mereka di dalam neraka itu dalam keadaan cacat.” (Surah al-Mukminun: 102-104)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Syurga itu diletakkan dari sebelah kanan

Arasy dan neraka di sebelah kirinya, juga daun timbangan kebaikan itu dari sebelah kanannya dan daun timbangan keburukan itu dari sebelah kirinya. Oleh kerananya syurga berhadapan dengan kebaikan dan neraka berhadapan dengan keburukan.”

(Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Ibnu Abbas berkata: “Kebaikan dan keburukan ditimbang dalam sebuah timbangan yang mempunyai dua daun dan lisan.”

Dia berkata lagi:

“Jika Allah SWT menghendak­i menimbang amal hamba, menggantik­annya dengan jisim lalu menimbangn­ya pada hari kiamat.”

Dalam perkara itu, kita menerima segala nas al-Quran dan hadis tanpa mengaitkan keadaan itu seperti yang ada di atas dunia ini secara tuntas.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia