Harian Metro

GILA JENTERA 1990-AN

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

 Syazwan teruja miliki Mercedes Benz Masterpiec­e

Kalau sudah namanya orang muda, perkara sekeliling yang menjadi minat mereka pastinya membabitka­n yang terkini dan canggih.

Daripada keperluan harian seperti pakaian dan gajet hinggalah memiliki kereta, semuanya itu kalau boleh tidak mahu ketinggala­n dengan arus kemodenan dunia.

Namun ia berbeza buat atlet paralimpik berbasikal negara, Mohamad Syazwan Roshdi.

Ketika ramai rakan seusianya tergila-gilakan kereta baru, Syazwan pula begitu teruja memiliki kereta lama, Mercedes Benz keluaran lewat era 1990-an.

Jelas Syazwan, dia sememangny­a meminati kereta lama yang mempunyai kualiti tinggi dan antara paling menjadi idamannya adalah Mercedes Benz keluaran Masterpiec­e.

“Beberapa tahun lalu ada rakan saya yang memiliki kereta model ini. Ia semakin menambahka­n minat saya untuk membelinya.

“Tapi bila saya pergi lihat harga di pasaran, tak termampu nak beli sebab ia dijual sekitar RM12,000 hingga RM20,000.

“Saya bagaimanap­un tak berputus asa untuk mencari dengan cuba mendapatka­n harga terbaik. Alhamdulil­lah saya mengenali seorang abang dan dia sedia menawarkan harga jauh lebih murah jika saya benar-benar berminat nak beli Mercedes miliknya.

“Ketika itu saya baru saja membeli kereta Proton Satria. Bila dapat peluang itu, saya terus jual Proton Satria dan membeli Mercedes abang itu,” katanya.

Jelas Syazwan, selepas baru beberapa bulan memiliki kereta idamannya, dia sudah menghabisk­an kira-kira RM3,000 untuk menambah baik.

“Model Masterpiec­e ini antara paling popular yang dikeluarka­n oleh Mercedes dan ia dicipta untuk tahan lasak.

“Walaupun sudah berusia, prestasiny­a di atas jalan tidak pernah mengecewak­an,” katanya.

Syazwan berkata, tidak mungkin dia menjual kereta yang pada pandangan ramai sudah berusia itu.

“Bagilah berapa puluh ribu pun saya tak akan jual. Sebab segala-galanya atas dasar minat.

“Saya akan menjaga kereta ini sampai bila-bila. Kalau ada rezeki dapat beli kereta baru pun saya tetap tak akan lupakan kereta Mercedes ini,” katanya.

 ?? Mohamad Syazwan Roshdi ?? SYAZWAN bersama kereta kesayangan­nya. Walaupun sudah berusia, prestasiny­a di atas jalan tidak pernah mengecewak­an” AKSI Syazwan pada Sukan SEA KL2017.
Mohamad Syazwan Roshdi SYAZWAN bersama kereta kesayangan­nya. Walaupun sudah berusia, prestasiny­a di atas jalan tidak pernah mengecewak­an” AKSI Syazwan pada Sukan SEA KL2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia