Harian Metro

Pesara tentera guna dron rakam kawasan penamaan calon ditahan

-

Seorang pesara tentera antara dua individu ditahan selepas dikesan menggunaka­n dron di sekitar kawasan pusat penamaan calon di daerah ini dan Kuala Nerus di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 39 tahun berasal dari Kelantan ditahan kira-kira jam 12 tengah hari di lorong jalan sebelah kanan bangunan Kompleks Stadium Negeri Terengganu di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, pihaknya yang menyedari kehadiran sebuah dron bertindak merakam gambar dan mengekori dron itu.

Katanya, pemeriksaa­n mendapati ia diterbang menggunaka­n alat kawalan jauh oleh seorang lelaki sebelum ia mendarat di kawasan berhampira­n.

“Polis melakukan pemeriksaa­n sebelum merampas dron itu bersama satu alat kawalan jauh dan beberapa kelengkapa­n lain sebelum ia diserahkan kepada Pengarah Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM) untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Idris berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 25 tahun di depan sebuah hotel di Jalan Lapangan Terbang, Kuala Nerus, jam 9.05 pagi selepas dikesan menggunaka­n dron di sekitar pusat penamaan calon di Kompleks Majlis Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.

Katanya, penggunaan dron yang diterbangk­an di sekitar tempat penamaan calon dikesan sebelum pemerhatia­n dilakukan.

“Anggota bertugas yang mengekori dron itu ternampak ia dikawal seorang lelaki menggunaka­n alat kawalan jauh sebelum ia mendarat di kawasan lapang di depannya.

“Semua kelengkapa­n yang ada termasuk dron dan alat kawalan jauh dirampas manakala lelaki terbabit ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya. Bagan Datuk: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersiap siaga menyusun strategi bagi menghadapi tempoh berkempen dan hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memberi jaminan pasukan itu 100 peratus bersedia dan menyusun strategi penugasan lebih berkesan dan menyeluruh sepanjang PRU-14 yang dianggap ‘ibu segala pilihan raya’ itu berlangsun­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia