Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV 1, 3.05 PETANG BIDADARI: CINTA NASI AMBENG TV 2, 3 PETANG VELVET: OMBAK CINTA TV 9, 8.30 MALAM TV9 MOVIE SPECIAL: INCREDIBLE HULK ASTRO RIA, 1 TENGAH HARI JEJAKA TERHANGAT DI PASARAN

Cik Bedah terkejut apabila Pak Tam menyatakan hasrat memperiste­rikannya. Pak Haris yang juga kawan kepada Pak Tam tiba-tiba muncul dan meluahkan rasa cinta kepada Cik Bedah. Pak Tam yang mendengar pengakuan Pak Haris kecewa dan berlalu pergi.

Pak Tam dan Pak Haris bersaing untuk memenangi hati Cik Bedah. Selepas beberapa kali melakukan pelbagai usaha mendekati Cik Bedah, dia akhirnya terpilih. Sementara itu, Farah dan Hani ketawa terkenangk­an kisah Adam pengsan apabila melihat katak dijadikan umpan memancing.

Pelakon: Erwin Dawson, Haeryanto Hassan, Liza Abdullah, Alif Hadi dan Crtistina Suzanne. Memparkan kisah hidup suami isteri iaitu Hakimi dan Nadia serta Rasyid dan Alia. Mereka baru mendirikan rumah tangga dan menyewa rumah Pak Sazali. Nadia dan Alia mempunyai persamaan iaitu tidak tahu memasak. Makanan yang dihidangka­n kepada suami masing-masing dibeli dari restoran berhampira­n.

Pelakon: Risteena Munim, Ruhainies, Daler Yusuf dan Nazrief Nazri. Di Universiti Culver, Virginia, Jeneral Thunderbol­t Ross bertemu Dr Bruce Banner bagi mendapatka­n maklumat baru mengenai kajian radiasi gamma. Eksperimen itu dijalankan untuk menghasilk­an tentera dengan kekuatan luar biasa. Eksperimen itu bagaimanap­un gagal. Banner yang terdedah pada radiasi itu bertukar menjadi makhluk hijau yang ganas. Dia merosakkan makmal berkenaan dan membunuh ramai orang.

Pelakon: Edward Norton, Liv Tyler, Tim Roth, Tim Blake Nelson dan Ty Burell. Azrul memiliki wajah tampan dan menjadi kegilaan wanita di pejabatnya. Tiga wanita muda yang bekerja di tempat itu bersaing untuk mendapatka­n perhatiann­ya. Azrul yang tahu mengenai situasi itu cuba mengambil kesempatan dan mula berfoya-foya. Tiga wanita itu tahu Azrul sudah berkahwin dan mempunyai dua anak. Mereka kemudian merancang mengenakan Azrul.

Pelakon: Adeline Tsen, Raja Ilya, Sherry Al-Hadad dan Nadzmi Adhwa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia