Harian Metro

Seronok bebas meluncur

- Mohd Izham Unnip Abdullah thaddius@nstp.com.my

 Pelajar OKU selesa bergerak tanpa perlu bantuan orang lain

Berbeza dengan kebanyakan orang kurang upaya (OKU) cacat anggota yang lebih selesa menggunaka­n kerusi roda untuk bergerak, seorang pelajar OKU dari Taman Bersatu, Petagas, di sini, sebaliknya memilih papan luncur (skateboard).

Luke Murvelle, 15, pelajar Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau, di sini, berkata, papan luncur lebih bebas dan mudah digunakan selain tidak menyusahka­n orang lain berbanding kerusi roda.

Anak sulung daripada enam beradik itu menghidap Spina Bifida atau masalah tulang belakang yang menyebabka­n anggota kakinya lumpuh sejak dilahirkan, namun kekurangan itu tidak menghalang­nya untuk berdikari.

“Dulu saya menggunaka­n kerusi roda tetapi memandangk­an ia memerlukan bantuan orang lain untuk menolak saya apabila mahu ke mana-mana, saya merasakan ia menyusahka­n selain tidak bebas untuk bergerak.

“Jadi, sejak tahun 2013 saya mula menggunaka­n papan luncur dan sehingga hari ini saya menggunaka­n lebih 10 papan luncur untuk membantu bergerak termasuk ke sekolah,” katanya.

Dia ditemui selepas menerima bantuan papan luncur disampaika­n Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah sempena program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Kementeria­n Kewangan Bersama Rakyat di Kampung Muhibbah, Petagas, di sini.

Selama lima tahun menggunaka­n papan luncur, Luke yang turut aktif menyertai aktiviti kokurikulu­m di sekolah termasuk menganggot­ai pasukan Pengakap, mahir mengendali­kan alat berkenaan tanpa bimbang terjatuh atau tergelinci­r.

Sementara itu, ibunya, Rajanah Amantah, 36, berkata, setiap papan luncur digunakan Luke hanya mampu bertahan antara enam bulan hingga setahun bergantung kepada kualiti papan luncur yang digunakan.

“Kebanyakan papan luncur digunakan Luke adalah sumbangan badan bukan kerajaan (NGO), guru dan orang perseorang­an yang simpati,” katanya.

 ??  ?? DR Mohd Irwan (tengah) menyerahka­n papan luncur kepada Luke di Kampung Muhibbah, Petagas.
DR Mohd Irwan (tengah) menyerahka­n papan luncur kepada Luke di Kampung Muhibbah, Petagas.
 ??  ?? LUKE bebas ber ger ak men ggu n akan papan luncur.
LUKE bebas ber ger ak men ggu n akan papan luncur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia