Harian Metro

Komplot cap palsu

- Ibrahim Isa dan Farah Dinah Hassan Cnews@nstp.com.my

 Imigresen Johor tahan tiga lelaki, rampas 146 pasport

Jabatan Imigresen Johor melumpuhka­n sindiket cap palsu jabatan itu susulan penahanan tiga lelaki dan merampas 146 pasport antarabang­sa pelbagai negara, di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Datuk Seri Rohaizi Bahari, berkata kejayaan itu susulan maklumat orang ramai dan kes berkaitan cap palsu yang dikesan pada 23 Mac lalu.

Katanya, susulan itu unit penguatkua­saan Imigresen Bangunan Sultan Ismail (BSI) menjalanka­n intipan selama dua minggu sebelum menyerbu sebuah hotel di Jalan Dato Abdullah Tahir, dekat sini dan menahan seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun serta merampas 146 pasport antarabang­sa, jam 2 pagi hari semalam.

“Sebanyak 114 pasport Vietnam, Indonesia (sembilan), Thailand (tujuh), Kemboja (tujuh), China (enam) dan masing-masing satu pasport Laos, Taiwan dan Mongolia, selain dua cap imigresen palsu untuk keluar dan masuk ke negara ini,” katanya semalam.

Rohaizi berkata, susulan serbuan pertama itu, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 27 tahun di sekitar bandar raya ini jam 4.30 pagi dan seorang lagi lelaki berusia 26 tahun di sekitar Larkin jam 8.20 pagi.

Katanya, ketiga-tiga suspek ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 56 (1A) (c) 1(A) Akta Imigresen 1959/1963 kerana bersubahat dalam komplot jenayah untuk melakukan kesalahan.

Selain itu, beliau berkata, kes juga disiasat mengikut Seksyen 12(1)(f) Akta Passport 1966 (Akta 150) kerana memiliki pasport dan dokumen perjalanan bukan milik mereka.

“Bagi setiap kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Hasil siasatan awal, kami mendapati kebanyakan pasport milik wanita dan siasatan turut terarah sama ada mereka terbabit dengan aktiviti pemerdagan­gan orang.

“Selain itu siasatan juga mendapati pemilik pasport berada di negeri lain dan kita akan mengesan mereka bagi membantu siasatan,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN pasport palsu pelbagai negara dan cop keselamata­n imigresen yang dirampas.
SEBAHAGIAN pasport palsu pelbagai negara dan cop keselamata­n imigresen yang dirampas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia