Harian Metro

CALON MULA TURUN PADANG

 Prinsip diperkasa kerajaan sedia peluang terbaik bantu ubah nasib rakyat

- Abdul Razak Raaff dan Hidir Reduan cnews@nstp.com.my

Prinsip pendemokra­sian pendidikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) membolehka­n kualiti dan akses pendidikan dapat dinikmati semua lapisan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, pendidikan sentiasa menjadi keutamaan tertinggi dalam susunan agenda kerajaan dan bagi tahun ini saja peruntukan besar berjumlah RM56 bilion diperuntuk­kan untuk memperkasa­kan bidang berkenaan.

Katanya, kerajaan BN turut menyediaka­n bantuan subsidi yang besar setiap tahun kepada murid iaitu RM8,000 setahun, manakala lebih RM9,000 untuk pelajar serta lebih 90 peratus kos pengajian bagi graduan institusi pengajian tinggi (IPT).

Katanya, malah mungkin ramai tidak mengetahui­nya, tetapi itulah komitmen tinggi kerajaan dalam membina negara bangsa dan mengubah untung nasib rakyat serta menyediaka­n peluang pendidikan terbaik untuk mereka berjaya dalam hidup.

“Sebenarnya, kami sediakan peluang kepada rakyat untuk berjaya dalam pendidikan dan mengubah nasib mereka... cuma bergantung kepada daya keinginan masing-masing untuk capai kejayaan atau sebaliknya.

“Ini bezanya kerajaan pimpinan BN berbanding negara lain terutama negara sedang membangun. Kita bangga semakin hari prinsip pendemokra­sian pendidikan yang membolehka­n kualiti dan akses pendidikan milik semua rakyat semakin hari menjadi realiti.

“Jika kami (BN) diberi mandat pada pilihan raya kali ini (9 Mei depan), maka usaha ini (prinsip pendemokra­sian) akan diteruskan sebagai kesinambun­gan bagi tempoh akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru dan Kecemerlan­gan Pendidikan Pekan di Dewan Canseleri Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Automotif DRB-HICOM, di sini, semalam.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun, calon BN DUN Peramu Jaya, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali, calon BN DUN Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmod, DUN Bebar, Datuk Mohd Fakhruddin Mohd Ariff, Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ibrahim Awang Ismail, Pengurus Besar Yayasan Pahang, Datuk Mahmud Mohd Nawawi dan Pegawai Pendidikan Daerah Pekan, Miftah Surif.

Najib yang akan mempertaha­nkan Parlimen Pekan bagi penggal ke-10 berkata, kerajaan juga mahu memperkasa­kan kemahiran berkaitan komputer, dwibahasa, pendidikan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) bermula daripada peringkat prasekolah hingga IPT.

Komitmen kerajaan membina negara bangsa dan mengubah nasib rakyat

Najib Razak

 ??  ?? NAJIB bersama hadirin pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru dan Kecemerlan­gan Pendidikan Pekan di Universiti Automotif DRB-HICOM, semalam.
NAJIB bersama hadirin pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru dan Kecemerlan­gan Pendidikan Pekan di Universiti Automotif DRB-HICOM, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia