Harian Metro

DEPOSIT RM870,000 LESAP

- Junaidi Ladjana dan dan Norasikin Daineh junaidi_ladjana@nstp.com.my

Tujuh ahli parti USNO mahu kepimpinan parti itu bertanggun­gjawab susulan laporan kehilangan wang deposit sebanyak RM870,000 menyebabka­n mereka tidak dapat menjadi calon PRU14, malah ada yang terpaksa meminjam wang along kerana mahu membayar cagaran kepada parti. Sabtu lalu, seorang Ahli Majlis Tertinggi USNO membuat laporan polis mendakwa wang untuk bayaran deposit itu hilang dilarikan seorang pemimpin parti, lapor Junaidi Ladjana dan dan Norasikin Daineh

 Wang calon USNO dilarikan orang kanan

Tujuh ahli USNO mahu kepemimpin­an parti itu bertanggun­gjawab susulan laporan kehilangan wang deposit calon hingga mengakibat­kan mereka tidak dapat menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Malah, seorang daripada mereka yang ditawar menjadi calon parti itu mendakwa terpaksa meminjam wang daripada ceti haram atau along semata-mata mahu membayar cagaran kepada parti.

Enam daripada mereka mendakwa turut hilang punca pendapatan selepas melepaskan jawatan dalam kerajaan termasuk empat guru kerana termakan janji untuk dijadikan calon parti itu.

Ketua Bahagian USNO Tenom Norlia Yuntong berkata, janji untuk dijadikan calon musnah selepas wang deposit hilang didakwa dilarikan seorang individu yang juga orang kanan parti berkenaan.

“Pada awalnya kami diminta oleh pucuk pimpinan supaya membayar sekurang-kurangnya RM3,000 bagi sesiapa yang ingin menjadi calon kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Bagaimanap­un difahamkan, ada sesetengah calon membayar lebih daripada jumlah yang diminta sejak dua bulan lalu sehingga sanggup meminjam wang daripada along, jual kereta dan tanah,” katanya dalam sidang media, semalam.

Norlia berkata, walaupun presiden mendakwa tidak terbabit dengan ‘kehilangan’ wang sejumlah RM870,000 itu sebagai pemimpin tertinggi parti dia tidak boleh berdiam diri begitu saja.

“Saya mewakili semua calon akan terus menuntut keadilan dan mengenal pasti dalang sebenar di sebalik kehilangan wang ini,” katanya.

Timbalan Setiausaha Agung Pusat USNO Sharudin Sukimin berkata, lelaki yang dipertangg­ungjawab membawa wang tunai itu ke pejabat Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Sabah di sini, gagal hadir sehari sebelum hari penamaan calon pada 28 April lalu.

“Ketika menghadiri sesi perjumpaan bersama semua calon USNO bagi kerusi Parlimen dan DUN di sebuah hotel di sini, Jumaat lalu, lelaki itu memberi jaminan wang deposit itu ada dan tidak perlu bimbang soal wang berkenaan.

“Bagaimanap­un, ketika semua calon hadir di pejabat SPR jam 2 petang bagi proses pendaftara­n, lelaki terbabit tidak hadir menyebabka­n kami semua tiada hala tuju,” katanya.

Sabtu lalu, seorang Ahli Majlis Tertinggi USNO membuat laporan polis mendakwa wang tunai RM870,000 milik parti itu untuk bayaran deposit calon bertanding dalam PRU-14 hilang dilarikan pemimpin kanan parti terbabit.

Kejadian itu didakwa berlaku pada petang Jumaat, sehari sebelum penamaan calon apabila lelaki berusia 38 tahun itu dikatakan gagal hadir bersama wang berkenaan ke pejabat SPR di sini.

 ??  ?? KETUA Bahagian USNO Tenom, Norlia Yuntong pada sidang media mengenai kehilangan wang deposit RM870,000. CalonPRU14 USNOgigitj­ari takdapat
bertanding
KETUA Bahagian USNO Tenom, Norlia Yuntong pada sidang media mengenai kehilangan wang deposit RM870,000. CalonPRU14 USNOgigitj­ari takdapat bertanding
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NORLIA menjelaska­n kehilangan wang deposit pada sidang media, semalam.
NORLIA menjelaska­n kehilangan wang deposit pada sidang media, semalam.
 ?? Norlia Yuntong ?? Difahamkan, ada sesetengah calon membayar lebih daripada jumlah yang diminta sejak dua bulan lalu sehingga sanggup meminjam wang daripada along, jual kereta dan tanah”
Norlia Yuntong Difahamkan, ada sesetengah calon membayar lebih daripada jumlah yang diminta sejak dua bulan lalu sehingga sanggup meminjam wang daripada along, jual kereta dan tanah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia