Harian Metro

‘Maaf, saya bukan anak baik’

Lelaki tinggal nota sebelum bunuh diri di tokong

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@nstp.com.my

“Maafkan, saya bukan anak yang baik,” demikian nota terakhir ditinggalk­an seorang lelaki sebelum membunuh diri di Tokong Buddha Lim Fan Sah, Jalan Tabuan di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 38 tahun itu ditemui berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di dalam kereta oleh seorang pekerja tokong berkenaan jam 5 petang.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, lelaki terbabit menggunaka­n senjata tajam untuk mengelar pergelanga­n tangan kiri dan kanan selain terdapat koyakan pada dahi dan kaki kanan.

Menurutnya, berdasarka­n rakaman litar tertutup tokong berkenaan, lelaki terbabit dilihat memandu masuk ke kawasan tokong jam 1.40 tengah hari.

“Pekerja tokong yang kebetulan melalui kawasan berkenaan kemudian meninjau kereta itu sebelum menemui lelaki terbabit dalam keadaan berlumuran darah. “Sepasukan polis dari Balai Polis Sentral bergegas ke lokasi kejadian untuk pemeriksaa­n lanjut,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaa­n lanjut menemui nota ditulis dalam Bahasa Cina oleh lelaki terbabit yang meminta maaf kerana tidak menjadi anak yang baik.

Katanya, lelaki yang bekerja sebagai buruh itu adalah anak kedua daripada tiga beradik yang berasal dari Kuching.

“Polis juga menemui pisau yang digunakan lelaki terbabit untuk mencederak­an dirinya di dalam kereta berkenaan,” katanya.

Ah Lek berkata, mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS), di sini untuk dibedah siasat dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

 ??  ?? ANGGOTA polis membuat siasatan di lokasi lelaki ditemui mati di Tokong Buddha Lim Fan Sah.
ANGGOTA polis membuat siasatan di lokasi lelaki ditemui mati di Tokong Buddha Lim Fan Sah.
 ??  ?? NOTA (Maafkan, saya bukan anak yang baik) yang ditinggalk­an lelaki yang membunuh diri, kelmarin.
NOTA (Maafkan, saya bukan anak yang baik) yang ditinggalk­an lelaki yang membunuh diri, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia