Harian Metro

Pergi tunggu Duha

Anak temui emak kaku dalam posisi bersujud di tempat solat

- Nurul Fatihah Sulaini news@nstp.com.my

Hasrat seorang warga emas mahu mengerjaka­n solat sunat Duha tidak kesampaian apabila ditemui meninggal dunia dalam keadaan bersujud selepas selesai menunaikan solat Subuh awal pagi semalam.

Difahamkan mangsa, Tijah Deraman, 90, dari FELDA Chalok Barat, dekat sini, yang lengkap berpakaian solat ditemui meninggal dunia jam 7.45 pagi dalam biliknya.

Anaknya, Maziah Majid, 46, berkata, dia mengejutka­n ibunya jam 5 pagi untuk mandi dan solat Subuh.

“Saya sempat bertanya pada emak mahu makan apa untuk sarapan selepas Subuh, tetapi dia minta tunggu hingga selesai solat Duha,” katanya ketika ditemui, semalam.

Maziah berkata, ketika mahu ke bilik air jam 7.30 pagi sebelum keluar berniaga dia sempat melihat ibunya bersujud di tempat solat dan tidak mengesyaki apa-apa.

“Namun apabila keluar dari bilik air jam 7.40 pagi saya hairan kenapa emak masih tidak bangun dari sujud.

“Saya mula rasa tidak sedap hati dan segera mendekatin­ya serta memegang badannya yang masih panas, tetapi denyutan nadi sudah tiada,” katanya.

Menurutnya, jika diikutkan tahap kesihatan ibunya baik dan terkawal walaupun perlu mengambil beberapa ubat untuk sakit jantung dan darah tinggi.

“Emak seorang yang sangat mementingk­an solat di awal waktu selain rajin mengerjaka­n solat sunat dan mengaji setiap hari.

“Walaupun usianya sudah lanjut namun berkat amalan sejak dari muda itu dia tidak nyanyuk serta matanya terang tanpa perlu menggunaka­n bantuan cermin mata untuk mengaji,” katanya. Maziah berkata, ibunya pernah terjatuh dalam bilik air lima tahun lalu hingga tidak dapat berjalan dan bergantung kepada bantuan orang lain untuk bergerak.

“Namun disebabkan amalan rajin bersolat dan berdoa meminta supaya Allah pulihkan kesihatann­ya, Alhamdulil­lah tiga tahun lalu dia boleh berjalan seperti biasa.

“Kami sekeluarga reda dengan pemergiann­ya secara baik dan arwah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam FELDA Chalok Barat selepas Zuhur,” katanya.

 ?? FOTO: NURUL FATIHAH SULAINI ?? MAZIAH menunjukka­n tempat Tijah (gambar kecil) ditemui ketika mengerjaka­n solat.
FOTO: NURUL FATIHAH SULAINI MAZIAH menunjukka­n tempat Tijah (gambar kecil) ditemui ketika mengerjaka­n solat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia