Harian Metro

Transforma­si tempoh 30 tahun

 TN50 kumpul aspirasi belia mencapai kemajuan ekonomi, sosial dan inovasi

- Alias Abd Rani lias@hmetro.com.my

Hanya beberapa tahun lagi negara menghampir­i garis penamat era pembanguna­n negara iaitu Wawasan 2020.

Dalam sejarah pembanguna­n negara, kita berpanduka­n cita-cita murni bermula dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971-1990) diikuti

Wawasan 2020 (1991-2020) dan kini, negara perlu bersedia menghadapi tempoh 30 tahun akan datang.

Bermulalah suatu era baru dikenali Transforma­si Nasional 2050 atau TN50 yang mana ia satu usaha membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 30 tahun bermula 2020 hingga 2050.

Daripada negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dari segi ekonomi, kesejahter­aan rakyat dan inovasi.

Justeru, Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) ditugaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk melaksanak­an aktiviti pendamping­an akar umbi secara meluas bersama golongan muda bagi mendapatka­n pendapat dan aspirasi untuk masa depan negara.

Melalui TN50, ia menjurus kepada pengumpula­n aspirasi belia bagi pembanguna­n jangka panjang dan usaha sebegini adalah yang pertama kali dianjurkan.

Dalam tempoh 30 tahun, dunia akan berbeza dari sekarang. Jika dahulu DEB menekan aspek membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menghapus pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi, Wawasan 2020 pula menjurus kepada menjadikan negara maju mengikut acuan sendiri.

Untuk TN50 pula memiliki acuan tersendiri dan penubuhann­ya lebih kepada aspek ekonomi, kemajuan sosial dan inovasi.

Menariknya, ia dibangunka­n hasil idea dan aspirasi yang disumbangk­an rakyat dengan berpanduka­n sasaran yang jelas.

Lima elemen penting diberi penekanan dalam TN50 iaitu masyarakat, alam sekitar, ekonomi, teknologi dan urus tadbir. Penganjura­n dialog oleh KBS membabitka­n hampir dua juta belia berjaya mengumpul lebih 60,000 aspirasi yang dimuatkan dalam satu bentuk dikenali sebagai Kanvas Aspirasi TN50. Laporan ini mempamerka­n tahap pemikiran generasi muda yang menyumbang kepada proses dari bawah ke atas untuk melahirkan satu visi bagi tiga dekad akan datang.

Antaranya belia mahu melihat sebuah negara inklusif yang menyediaka­n peluang adil kepada semua rakyat Malaysia yang mengamalka­n kelestaria­n dalam pembanguna­n.

Selain itu, mereka mahukan tadbir urus yang efektif, bertanggun­gjawab terhadap sistem pendidikan cemerlang. Pada masa sama, memelihara warisan budaya dan sebuah negara bersatu padu.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberitah­u laporan ini adalah rumusan kepada setiap aspirasi diterima sepanjang tahun lalu dengan melaksanak­an dialog sebanyak 135 kali di peringkat daerah, membabitka­n 100,000 peserta dialog. Sepanjang inisiatif pendamping­an

TN50 KBS itu, lebih 60,000 aspirasi berlainan direkodkan.

TN50 adalah anjakan paradigma yang mana negara mahu menyediaka­n anak muda berusia bawah 30 tahun dengan pekerjaan atau latihan bersesuaia­n untuk mendapat kerja dalam tempoh enam bulan.

Belia pada hari ini menempuh cabaran besar dan atas sebab itulah TN50 disenaraik­an dalam manifesto kerajaan untuk dilaksanak­an.

 ??  ?? NAJIB jadikan golongan muda asas kepada pembentuka­n negara dalam tempoh 30 tahun akan datang.
NAJIB jadikan golongan muda asas kepada pembentuka­n negara dalam tempoh 30 tahun akan datang.
 ??  ?? BUKU TN50 mengandung­i maklumat lengkap ke arah negara berpendapa­tan tinggi.
BUKU TN50 mengandung­i maklumat lengkap ke arah negara berpendapa­tan tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia