Harian Metro

Cabar tunjuk manifesto Seremban

-

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Seremban, Datuk Chong Sin Woon mencabar lawannya daripada DAP, Anthony Loke supaya menunjukka­n perancanga­nnya untuk keperluan penduduk Seremban, berbanding mengamalka­n politik murahan dengan mengutukny­a.

Katanya, beliau dan penduduk Seremban ingin mendengar dan melihat apa rancangan pembanguna­n yang baik daripada calon penyandang itu untuk kepentinga­n rakyat di daerah ini.

“Saya dan penduduk Seremban ingin lihat apa rancangan mereka (DAP) untuk bangunkan Seremban. Saya sudah umumkan manifesto mengandung­i 12 teras dan sekarang nak lihat manifesto mereka,” katanya. Sandakan: Perdana Menteri berkata, beliau mahu melihat masyarakat Cina mempunyai wakil yang kuat dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membawa negara ke tahap yang lebih tinggi.

Datuk Seri Najib Razak berkata, dalam tempoh lima tahun lalu wakil masyarakat Cina dalam kerajaan BN masih kurang sama ada di peringkat negeri atau Pusat.

Pengerusi BN itu berkata, sebelum ini kempen [ubah’ pembangkan­g menyebabka­n masyarakat Cina berpecah apabila mereka yang terpengaru­h dengan DAP menolak pemimpin BN khususnya daripada MCA, GERAKAN, Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

“Apa yang berlaku selepas itu ialah tiada wakil masyarakat Cina yang kuat dalam kerajaan BN. Demokrasi ialah permainan angka dan dengan hanya 23 peratus atau 24 peratus daripada populasi, masyarakat Cina tidak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia