Harian Metro

Perlu ramai wakil Cina dalam kerajaan

-

boleh membentuk kerajaan.

“Bagaimanap­un, masyarakat Cina dan yang lain dengan UMNO boleh membentuk kerajaan yang kuat dan boleh berjuang untuk semua masyarakat,” katanya pada majlis perjumpaan bersama masyarakat Tionghua di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, bekas Ketua Menteri yang juga Penasihat Parti Liberal Demokratik (LDP), Tan Sri Chong Kah Kiat dan Presiden LDP yang juga calon BN Tanjung Kapor, Datuk Teo Chee Kang.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, Malaysia berpotensi besar menjadi sebuah kuasa politik dan ekonomi yang kuat di rantau ini sejajar dengan kedudukan ekonomi negara yang semakin kukuh sejak pelaksanaa­n dasar transforma­si.

Sehubungan itu, katanya, masyarakat Cina tidak boleh tertipu dengan propaganda pembangkan­g khususnya DAP, selain menggesa masyarakat itu tidak memperjudi­kan masa depan dengan memilih pembangkan­g.

Sementara itu, Najib memberi jaminan kerajaan BN menjadikan Sabah, khususnya Sandakan sebagai destinasi pelanconga­n popular, sejajar kedudukan negeri ini yang menjadi destinasi pelancong China.

“Pelanconga­n ialah satu daripada potensi utama di Sabah yang boleh memberi kekayaan kepada rakyat. Kita mempunyai semua perancanga­n untuk menjadikan Sabah berkembang dan dikenali di serata dunia khususnya dalam bidang pelanconga­n, ekonomi dan perindustr­ian,” katanya.

Beliau turut menyatakan komitmen berterusan kerajaan untuk mengukuhka­n keselamata­n Sabah dan memastikan negeri ini selamat daripada ancaman menerusi pelbagai usaha termasuk mengadakan perbincang­an dengan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia