Harian Metro

Tip jaga stamina

- Nur Izzati Mohamad news@nstp.com.my

 Calon BN DUN Permatang Berangan minum banyak air mineral

Minum air mineral yang mencukupi dan mengambil makanan tambahan menjadi amalan Nor Hafizah Othman, 42, menjaga stamina sepanjang berkempen.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Berangan itu berkata, beliau menitikber­atkan perihal kesihatan dan cuba mencari masa rehat bagi memastikan sentiasa kelihatan bertenaga ketika bertemu pengundi.

Katanya, DUN kawasan itu yang mempunyai banyak cawangan BN berbanding DUN Teluk Air Tawar dan Sungai Dua antara cabaran yang perlu dilaluinya kerana perlu menghabisk­an lawatan dalam kekangan masa begitu singkat.

“Di Permatang Berangan, kita mempunyai 40 cawangan berbanding Sungai Dua dan Telok Air Tawar yang mempunyai antara 20 ke 25 cawangan.

“Jadi, ini antara cabaran untuk saya apatah lagi sebagai calon muka baru namun itu tidak menjadi halangan kerana pengundi mengenali saya dan sekarang apa yang paling penting saya perlu jaga kesihatan supaya dapat menghabisk­an masa berkempen dengan sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penutupan Klinik Cub Prix anjuran Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) di Kubang Menerong di sini, semalam.

Anak tempatan yang menetap di Pokok Tampang di sini berkata, mengamalka­n minum air secukupnya dan mengambil makanan tambahan penting memandangk­an waktu kempen yang bermula awal pagi dan berakhir tengah malam.

“Dulu saya hanya bantu calon tetapi sekarang saya pula menjadi calon dan sudah tentu keadaan ini lain hingga boleh dikatakan tidak ada masa rehat. “Jadual saya bermula sekitar jam 8 pagi dan berakhir lewat tengah malam kemudian bersambung semula awal pagi yang mana saya perlu melaluinya hingga hari terakhir berkempen,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia