Harian Metro

‘Saya peluk ibu, kakak, adik’

-

“Wanita yang saya peluk di hari penamaan calon ialah ibu, kakak dan adik saya,” kata calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf Wajdi berkata demikian sebagai mengulas video berdurasi seminit 14 saat yang tular di Facebook (FB) dan aplikasi WhatsApp sejak kelmarin yang mendakwa beliau kononnya memeluk beberapa penyokong wanita pada hari penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh.

“Video yang mendakwa saya tidak tahu dosa atau pahala kerana memeluk wanita itu hanya fitnah pihak tidak bertanggun­g jawab ketika Pilihan Raya Umum (PRU),” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Video berkenaan menimbulka­n salah faham dan mendapat komen negatif daripada netizen yang menganggap tidak wajar seorang yang

>>Nor Hafizah calon muka baru BN DUN Permatang Berangan

berpendidi­kan agama memeluk bukan mahram.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, pada hari penamaan calon, beliau memeluk ibu, Datuk Nik Noraini Nik Yahya, 72, kakak dan juga adiknya.

“Penyebaran (video) dibuat pembangkan­g yang mempermain­kan sentimen kebencian kepada BN.

“Mereka (pembangkan­g) beria-ria menolak Akta Antiberita Tidak Benar 2018 kerana mahu menjadikan fitnah sebagai alat dalam kempen pilihan raya. Sebaliknya, BN membawa agenda demi kesejahter­aan rakyat.

“Saya tidak tergugat dengan penyebaran fitnah itu dan akan terus fokus untuk membantu rakyat kerana Allah SWT,” katanya selepas merasmikan Jeti Awang Chen di Semerak, di sini, semalam.

Turut hadir, calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak, Datuk Zawawi Othman.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia