Harian Metro

Sabariah kempen lawan anak

-

 Turut turun padang beri sokongan kepada calon PAS di Parlimen Bachok, Pengkalan Chepa

itu berkata, bondanya juga akan berkempen di Parlimen Pengkalan Chepa bagi memastikan kemenangan PAS.

“Bonda asalnya hanya mahu menumpukan kempennya di Parlimen Bachok atas faktor kesihatann­ya yang sedikit terbatas, selain mengukuhka­n lagi pengenalan­nya bersama jentera PAS di daerah berkenaan.

“Namun disebabkan ada sedikit gangguan daripada keluarga kami terhadap PAS di DUN Chempaka khususnya, maka bonda memutuskan untuk turut bersama jentera

Muslimat PAS di sana.

“Saya bagi pihak seluruh keluarga Al Aziziyah dengan ini, dengan penuh rasa dukacita yang amat sangat ingin memohon kemaafan kepada jentera PAS di seluruh negara dan juga seluruh rakyat Malaysia amnya, atas ‘kemalangan’ yang berlaku dua hari lalu dan ia sesuatu yang amat sukar.

“Bonda kini memilih untuk berehat beberapa hari bagi merawat luka hatinya yang dalam akibat ‘tembakan’ yang dilepaskan sejak lebih 30 tahun lalu dan dua hari lalu, ‘tembakan’ itu tepat singgah ke jantung bonda.

“Ini adalah tembakan kedua yang terpaksa ditanggung oleh bonda selepas tembakan pertama yang meranapkan jiwanya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad lebih 15 tahun lalu apabila seorang anaknya ditangkap di bawah ISA (Akta Keselamata­n Dalam Negeri 1960).

“Dr Mahathir dan seorang lelaki bernama Ikram hari ini bersama-sama bersatu bekerja keras meruntuhka­n kerajaan Islam Kelantan di bawah pemerintah­an PAS,” katanya.

Pada masa sama, Nik Abduh berkata, sehingga kini abangnya yang juga anak kedua, belum pulang ke rumah ibunya dan beliau menasihati dan menyaranka­n calon DUN Chempaka itu merujuk kepada kisah agung seorang khalifah Islam yang sah dibai’ah oleh umat Islam selepas kematian Yazid Muawiyah.

Katanya, ibu adalah menara kehidupan dan jangan bicara pasal ayahanda jika bonda tiada di sisi.

“Siapa ayahanda tanpa seorang bonda yang paling memahami pahit getir kehidupan seorang suami bergelar pejuang. Siapa kita tanpa bonda? Sekadar air mani terbuang hina,” katanya.

Sabtu lalu, Nik Omar membuat kejutan apabila tampil di pusat penamaan calon bagi bertanding di DUN Chempaka atas tiket PKR.

 ??  ?? NIK Omar
SABARIAH
NIK Abduh
NIK Omar SABARIAH NIK Abduh
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia