Harian Metro

PPBM Kelantan tak cukup dana

-

Putrajaya: Dana yang tidak mencukupi selain faktor calon yang rata-rata belum pernah bertanding dalam pilihan raya dilihat menjadi punca utama jentera Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Kelantan bergerak agak perlahan.

Perkara itu diakui calon PPBM yang bertanding atas tiket PKR bagi kerusi Parlimen Machang, Datuk Sazmi Miah.

Beliau mengakui pihaknya sudah kalah dari segi pemasangan bendera berbanding Barisan Nasional (BN) dan PAS di Kelantan.

“Memanglah kita dah (sudah) kalah dari segi pemasangan bendera sebab kita beli sendiri bendera. Jika hendak dibandingk­an dengan PAS dan BN, mereka mampu pasang 2,000 bendera pada satu malam sedangkan kita hanya 200 bendera.

“Namun, paling penting kita pasang bendera dengan semangat dan tidak berbayar...paling tinggi belanja roti canai dan teh o. Semangat ini, kita ingin kekalkan dan yang penting kita akan dapat lebih undi nanti,” katanya selepas menghadiri perjumpaan khas calon PPBM seluruh negara di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini, semalam.

Difahamkan, 50 calon Parlimen dan 92 Dewan Undangan Negeri (DUN) PRU14 dari PPBM hadir pada sesi berkenaan bagi mendengar amanat terakhir daripada barisan kepemimpin­an tertinggi parti.

Sazmi berkata, sebagai sebuah parti baru, pihaknya banyak kekurangan berbanding parti yang sudah berusia 60 dan 50 tahun terutama dari segi dana dan kewangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia