Harian Metro

TERMENUNG LEPAS NAHAS

- Shamsul Munir Safini shamsulmun­ir@natp.com.my

Bukit Mertajam

“Saya rasa dia mabuk. Selepas kemalangan dia hanya terduduk diam dekat lori dipandunya,” demikian dakwaan pemandu van dari Thailand, Amin Bahin, 33, selepas dirempuh treler dari belakang di Kilometer 148.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini, pagi semalam.

Amin berkata, ketika kejadian dia memandu perlahan di lebuh raya itu kerana jalan sesak sebelum dikejutkan dengan rempuhan kuat dari belakang.

“Sejurus rempuhan itu, kami di dalam van terperosok menyebabka­n beberapa penumpang cedera,” katanya ketika ditemui di Hospital

Seberang Jaya.

Dalam kemalangan membabitka­n empat kenderaan dekat Bukit Tambun pada jam 8.50 pagi itu, 13 individu cedera termasuk dua parah.

Amin berkata, sejurus kejadian, dia memeriksa penumpang di dalam van sebelum mendapati dua daripada mereka yang berada di bahagian belakang van cedera di kepala.

Katanya, mereka cedera di kepala akibat rempuhan lori berkenaan dan diberikan bantuan oleh orang ramai yang berada di situ.

“Akibat rempuhan itu juga van dipandu saya merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di hadapan.

“Malah sebuah lagi kereta terbabas ke bahu jalan akibat mengelak daripada merempuh lori itu dari belakang sehingga menyebabka­n pemandu dan penumpangn­ya cedera,” katanya.

Menurutnya, mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Songkhla, Thailand dan semua penumpangn­ya adalah warga Thailand.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.34 pagi dan mendapati kejadian membabitka­n sebuah MPV , treler, kereta jenis Honda Civic dan van Toyota Commuter.

Beliau berkata, van yang terbabit dalam kemalangan itu membawa 13 penumpang dengan sembilan daripadany­a cedera, dua parah manakala dua lagi tidak mengalami kecederaan.

“Dua penumpang MPV juga cedera dan semua mereka dihantar ke

Hospital Seberang Jaya untuk rawatan selanjutny­a. Mereka yang cedera dirawat sebagai pesakit luar.

“Kami akan mengambil keterangan daripada mereka yang terbabit sebaik semua mangsa mendapatka­n rawatan bagi menentukan punca kejadian,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia