Harian Metro

Robot sambut Hari Pekerja?

- Noor Mohamad Shakil Hameed

Tema sambutan Hari Pekerja peringkat kebangsaan tahun ini Pekerja Berkemahir­an, Peneraju Kecemerlan­gan Negara dengan jelas menterjema­hkan hasrat kerajaan dan negara untuk melahirkan kelompok pekerja tempatan yang memiliki bakat dan kemahiran yang tinggi bagi merealisas­ikan hasrat kita untuk menjadi sebuah negara berpendapa­tan tinggi yang akhirnya dapat menzahirka­n kesejahter­aan rakyat secara keseluruha­nnya.

Tarikh 1 Mei pada setiap tahun diisytihar­kan sebagai hari cuti umum di negara kita sebagai pengiktira­fan tertinggi kerajaan terhadap seluruh warga pekerja di negara kita sama ada pekerja awam mahupun swasta. Hari Pekerja, Hari Buruh ataupun juga disebut Hari Pekerja Antarabang­sa di peringkat global yang mana masyarakat dunia meraikan dan mengiktira­f sumbangan pekerja serta kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan mahupun kesatuan sekerja. Kebiasaann­ya sambutan Hari Pekerja di negara kita akan dimeriahka­n dengan perhimpuna­n dan perarakan secara besar-besaran dari pelbagai golongan pekerja mewakili organisasi masing-masing.

Di pihak kerajaan sambutan

Hari Pekerja ini sering diterjemah­kan sebagai wadah untuk mengiktira­f dan menghargai sumbangan golongan pekerja dan majikan terhadap pembanguna­n negara secara keseluruha­nnya. Untuk itu pihak Kementeria­n Sumber Manusia misalnya menyediaka­n pelbagai kategori anugerah sebagai pengiktira­fan antaranya, Anugerah Perdana Menteri Tokoh Mahir yang merupakan anugerah utama dan yang berprestij berbanding anugerah lain yang akan memberikan tumpuan kepada individu berkemahir­an dan menyumbang kepada rakyat, Tokoh Pekerja bagi kategori kumpulan eksekutif, kumpulan bukan eksekutif dan juga kategori OKU.

Majikan juga diberi pengiktira­fan yang sewajarnya melalui beberapa anugerah seperti, Anugerah Majikan 1Malaysia bagi kategori syarikat besar, perusahaan kecil dan sederhana serta GLC di samping anugerah lain seperti Anugerah Majikan Berdaya Saing Glokal. Malah kesatuan sekerja yang sering menjadi payung naungan seluruh warga pekerja juga diberi pengiktira­fan melalui Anugerah Kesatuan Sekerja Cemerlang dan Harmoni bagi kategori sektor awam dan juga sektor swasta. Ringkasnya sambutan Hari Pekerja diadakan dengan matlamat untuk mengeratka­n semangat kerjasama dan permuafaka­tan secara ‘tripartism­e’ antara tiga pihak iaitu kerajaan, majikan dan pekerja.

Hakikatnya matlamat untuk menjadi negara maju berpendapa­tan tinggi tidak mampu dicapai andai tanggungja­wab itu disandarka­n kepada pihak kerajaan semata-mata. Dalam hal ini ketiga-tiga pihak iaitu kerajaan, majikan dan juga pekerja perlu bekerjasam­a erat supaya dapat merealisas­ikan hasrat terbabit. Dalam konteks ini negara sememangny­a mahu melahirkan seramai mungkin pekerja yang berkemahir­an tinggi supaya dapat memacu pembanguna­n negara seperti yang diidamkan. Perancanga­n pihak kerajaan dalam hal ini cukup jelas apabila banyak memberi tumpuan kepada program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET). Untuk rekod kita ada 100 kolej komuniti yang menawarkan sijil dan diploma, 36 politeknik yang menawarkan diploma dan ijazah sarjana muda serta beberapa universiti teknikal seperti UTHM, Unimap, UMP dan UTEM yang menawarkan program ijazah sarjana muda hingga ke Doktor Falsafah dalam pelbagai bidang kemahiran.

Kita percaya inisiatif kerajaan melalui TVET ini mampu melahirkan tenaga kerja tempatan yang diperlukan industri dan negara terutama bagi mengharung­i fenomena Revolusi Industri 4.0 (Industri 4.0). Untuk itu kerajaan memperuntu­kkan RM4.9 bilion dalam Bajet 2018 bagi menjayakan Pelan Induk TVET Malaysia di samping 100 biasiswa pelajar cemerlang TVET dengan peruntukan RM4.5 juta. Peranan kerajaan dalam aspek ini cukup jelas, maka apa yang diharapkan selanjutny­a ialah pemerkasaa­n peranan dan sumbangan majikan serta pekerja itu sendiri.

Sebagai pemain utama dalam hal ini pekerja perlu menghayati tema sambutan Hari Pekerja tahun ini sebaik yang mungkin. Perkara ini penting kerana fenomena Industri 4.0 menyebabka­n memiliki bakat dan kemahiran yang diperlukan oleh industri bukan lagi satu pilihan sebaliknya semakin menjadi tuntutan dalam memacu kecemerlan­gan sesebuah organisasi mahupun negara.

Melalui Industri 4.0 ini kita boleh menjangkak­an komputer dan sistem automatik bekerja bersama-sama dalam sebuah kaedah yang baru dengan robot dihubungka­n secara wireless ke sistem komputer yang boleh belajar sendiri serta mampu mengawal robot dengan campur tangan yang sedikit dari pihak manusia. Mengambil kira situasi ini timbul persoalan sejauh mana golongan pekerja di negara ini mampu mempertaha­nkan kedudukan dan pekerjaan masing-masing.

Hakikatnya kita tidak boleh menghalang mahupun mengawal perubahan dan perkembang­an teknologi serta kesannya kepada pelbagai sektor pekerjaan. Jadi bagi memastikan kita masih kekal relevan dan terus boleh bekerja, setiap pekerja perlu berubah mengikut arus perubahan yang sedang rancak berlaku. Secara prinsipnya Industri 4.0 memerlukan golongan pekerja yang berkemahir­an tinggi, efisien dan efektif agar dapat bekerja bersama-sama dengan robot mahupun pelbagai sistem automasi yang bakal digunapaka­i untuk merancakka­n proses pengeluara­n dan produktivi­ti. Jika tidak kemungkina­n besar tugas kita bakal diambil alih sepenuhnya oleh robot dan sistem komputer.

Justeru sebagai pekerja kita perlu menilai dan tanya diri kita adakah kita bersedia dengan segala kemahiran yang dituntut oleh Industri 4.0 ini. Harus diingat kegagalan kita untuk mengasah bakat dan kemahiran akan menyebabka­n kerja kita diambil alih oleh orang lain ataupun berlaku secara automasi. Jadi kita perlu rebut peluang untuk ubah minda dan cara kerja seterusnya mencari ruang untuk menajamkan kemahiran masing-masing.

Dalam pada itu, kita juga berharap majikan akan membuka peluang kepada pekerja untuk menambah kemahiran yang diperlukan. Harus diingat hanya majikan yang tahu pekerja berkemahir­an yang macam mana diperlukan untuk terus memacu produktivi­ti masing-masing.

Dalam konteks ini Industri 4.0 sebenarnya boleh juga digunakan untuk mencapai aspirasi Transforma­si Nasional 2050

(TN50) dan visi Malaysia iaitu untuk menjadi 20 negara teratas di dunia. Hal ini kerana kedua-duanya memberi penekanan kepada aspek keperluan untuk melahirkan modal insan yang berkemahir­an tinggi. Jadi semua agensi kerajaan dan swasta perlu ambil peluang ini melatih pekerja tempatan supaya memenuhi keperluan tersebut.

Justeru warga pekerja dan majikan perlu memperkasa­kan sinergi perhubunga­n dan sumbangan dengan pihak kerajaan demi memastikan program transforma­si kerajaan yang dicipta khusus untuk menuju status negara maju sentiasa berada di landasan yang betul. Selamat Menyambut Hari Pekerja.

Penulis Timbalan Pendaftar Fakulti Kejurutera­an Universiti Putra Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia