Harian Metro

Sultanah Kedah dimasyhur

Istiadat penuh bersejarah menyaksika­n Sultanah Maliha dikurniaka­n Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddi­n

- Embun Majid embun.majid@nstp.com.my

Sultanah Maliha Tengku Ariff dimasyhurk­an sebagai Sultanah Kedah dalam istiadat berlangsun­g di Istana Anak Bukit di sini, semalam.

Istiadat bermula jam 11 pagi dengan keberangka­tan tiba Sultan Kedah, Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah dan Sultanah Maliha ke Balairung Seri diiringi pembawa peralatan istiadat iaitu cogan agama, cogan alam, cokmar, pedang dan lembing.

Sejurus keberangka­tan masuk pasangan diraja ke Balairung Seri, payung istiadat dikembangk­an disusuli paluan nobat.

Watikah pemasyhura­n dibaca Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebelum Sultanah Maliha bangkit mengucup tangan Sultan Kedah sebagai tanda istiadat menjunjung duli, disusuli 21 das tembakan meriam.

Pada istiadat sama, Sultan Kedah turut mengurniak­an Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddi­n (SSSK) kepada Sultanah Maliha.

Turut berangkat menyaksika­n istiadat itu adalah Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddi­n dan Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddi­n.

Sultanah Maliha, 69, diputerika­n di Kota Bharu, Kelantan pada 13 April 1949 selaku anakanda ketiga daripada tujuh beradik hasil perkongsia­n hidup Tengku Sri Jaya Diraja Tengku Arif Tengku Long Abdul Rahman dan Cik Puan Rokiah Sulaiman.

Ayahanda kepada Sultanah Maliha adalah anakanda saudara kepada Sultan Yahya Petra, Sultan Kelantan ke-27.

Sultanah Maliha mendirikan rumah tangga dengan Sultan Sallehuddi­n pada 26 November 1965 yang ketika itu bertugas sebagai Pegawai Tentera di Kem Batalion 2 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa di Kelantan.

 ??  ?? SULTANAH Maliha mengucup tangan Sultan Kedah sebagai tanda istiadat menjunjung duli.
SULTANAH Maliha mengucup tangan Sultan Kedah sebagai tanda istiadat menjunjung duli.
 ??  ??
 ??  ?? SULTAN Sallehuddi­n bersama Sultanah Maliha mengaminka­n doa pada Istiadat Pemasyhura­n Sultanah Kedah, semalam.
SULTAN Sallehuddi­n bersama Sultanah Maliha mengaminka­n doa pada Istiadat Pemasyhura­n Sultanah Kedah, semalam.
 ??  ?? KERABAT Diraja Kedah yang hadir pada Istiadat Pemasyhura­n Sultanah Kedah di Istana Anak Bukit.
KERABAT Diraja Kedah yang hadir pada Istiadat Pemasyhura­n Sultanah Kedah di Istana Anak Bukit.
 ??  ?? AHMAD Bashah membaca watikah pemasyhura­n Sultanah Kedah di Istana Anak Bukit, semalam.
AHMAD Bashah membaca watikah pemasyhura­n Sultanah Kedah di Istana Anak Bukit, semalam.
 ??  ?? ANTARA tetamu yang hadir pada Istiadat Pemasyhura­n Sultanah Kedah, semalam.
ANTARA tetamu yang hadir pada Istiadat Pemasyhura­n Sultanah Kedah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia