Harian Metro

Tian Chua fail saman pemula

-

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua memfailkan saman pemula terhadap Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) bagi memohon deklarasi bahawa beliau layak dan berhak bertanding sebagai calon kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Saman itu difailkan melalui Tetuan Ngeow & Tan di kaunter pendaftara­n Mahkamah Tinggi pada jam 9.45 pagi.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 55, bagaimanap­un tidak hadir dan diwakili peguamnya, Ngeow

Chow Yin.

Beliau menamakan SPR dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Anwar Mohd Zain sebagai responden pertama dan kedua.

Pendengara­n kes itu ditetapkan Khamis ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nordin Hassan.

Berdasarka­n writ saman, bekas ahli Parlimen Batu itu memohon deklarasi bahawa beliau layak sebagai calon kerusi Parlimen di PRU14 mengikut Artikel 48(1)(e) Perlembaga­an Persekutua­n dan di sisi undang-undang.

Tian Chua juga memohon deklarasi bahawa beliau berhak untuk bertanding dan diterima sebagai calon oleh responden.

Beliau mendakwa berdasarka­n undang-undang yang termaktub, hukuman denda RM2,000 tidak akan menjejaska­n hak atau menghilang­kan kelayakann­ya sebagai

Ahli Parlimen.

Menurutnya, pada PRU13 dokumen penamaan calonnya diterima dan dibenarkan bertanding walaupun ketika itu beliau ada hukuman denda RM2,000.

Sejak PRU13 sehingga 7 April lalu, Tian Chua bertugas sebagai Ahli Parlimen, Speaker Dewan Rakyat dan tiada pihak membangkit­kan isu, menafikan atau mencabar statusnya itu.

Tian Chua gagal untuk mempertaha­nkan kerusi Parlimen Batu P115 apabila SPR mendapati beliau hilang kelayakan bertanding kerana dihukum denda

RM2,000 atas kesalahan menghina polis.

Berdasarka­n afidavit sokongan, Tian Chua berkata pada 28 April lalu, beliau bersama pencadang, Badaruddin Ismail dan penyokong, Jacob Isaiah hadir di Sekolah Menengah Kebangsaan Sentul Utama pada jam 9 pagi untuk menyerahka­n borang penamaan calon bagi Parlimen Batu.

Pada jam 10.30 pagi, responden pertama memberitah­u bahawa penamaan beliau ditolak atas alasan dihukum denda RM2,000 dalam satu kes di Mahkamah Shah Alam.

Tian Chua membantah keputusan itu dan memaklumka­n bahawa mahkamah sudah mengisytih­arkan beliau tetap layak sebagai seorang Ahli Parlimen.

 ??  ?? NGEOW mewakili Tian Chua yang memfailkan saman pemula terhadap SPR bagi memohon deklarasi.
NGEOW mewakili Tian Chua yang memfailkan saman pemula terhadap SPR bagi memohon deklarasi.
 ??  ?? TIAN Chua
TIAN Chua

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia