Harian Metro

‘Masih rasa macam bermimpi’

- DARI MUKA R31

Nita terima Fareez kerana kesungguha­n ditunjukka­n sepanjang mereka bercinta

“Syukur akhirnya segalanya selesai dan berjalan lancar walaupun dalam tempoh bertunang pelbagai dugaan datang.

“Maklumlah sebagai wanita, saya memang banyak berfikir sementara orang lelaki ini pula sikapnya tenang dan sentiasa relaks. Saya tak nafikan kadangmenj­adi kadang ia punca perbalahan,” katanya.

Bagaimanap­un, setiap kali timbul masalah, suaminya akan berusaha menenangka­nnya. Selain itu, Mohd Fareez juga sangat penyabar.

“Disebabkan itulah saya sentiasa berdoa supaya biarlah Fareez menjadi suami saya. Saya masih lagi terasa seperti bermimpi apabila hari ini (kelmarin) yang

menikahi saya adalah Fareez. Ditambah pula dia jauh lebih muda berbanding saya.

“Namun, sebagai isteri apa yang saya tahu dan sangat yakin mengapa ditemukan dengan

Fareez kerana dia lelaki sangat positif dan selalu menjadi inspirasi untuk melakukan perkara yang lebih baik berbanding diri saya sebelum ini,” katanya.

Menurut Nita, perkara paling penting kenapa dia bersetuju bernikah dengan Fareez kerana kesungguha­n ditunjukka­n suaminya sepanjang mereka bercinta.

“Fareez rajin bekerja dan dia juga yang meyakinkan saya supaya kami bernikah. Saya yakin Fareez boleh menjaga dan membimbing walaupun usianya lapan tahun lebih muda daripada saya. Dia seorang lelaki yang matang,” katanya.

Pasangan ini dinikahkan adik Nita, Mohd Hafiez Hazlan dengan disaksikan jurunikah yang juga Penolong Pendaftar Perkahwina­n Masjid Al Firdaus Bandar Baru Selayang, Mohd Nazri Md Nor dan lebih 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga serta teman rapat.

Pada majlis pernikahan itu, Nita turut menerima tujuh dulang hantaran termasuk mas kahwin RM300 dan wang hantaran RM10,000.

Ia dibalas sembilan dulang oleh pihak lelaki.

Bercerita mengenai perancanga­n selepas berumah tangga, Nita berkata, tiada apa yang berubah dalam hidupnya cuma sekarang ini dia sudah mempunyai satu lagi tanggungja­wab iaitu sebagai isteri yang wajib patuh kepada suami.

Ditanya mengenai anak, mereka juga tidak akan merancang.

“Saya bukanlah muda

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia