Harian Metro

Usaha sendiri, bukan ‘anak emas’

- DARI MUKA R31

Syazuwan hargai setiap peluang tawaran berlakon

“Saya pelakon baru dan masih kurang pengalaman. Jadi, saya tidak mahu meletak harapan tinggi untuk menang dalam pencalonan kategori Aktor Pilihan itu.

“Bagi saya, sudah berjaya dicalon ke tahap sekarang pun adalah rezeki. Mungkin lakonan yang saya persembahk­an dalam drama Sein Dan Luna bersama Mimi Lana agak kuat.

“Pastinya saya sangat bersyukur. Selain itu, saya juga diberi kepercayaa­n sebagai duta DFKL 2018,” katanya.

Pada masa sama, Syazuwan turut dilabel

‘anak emas TV3’. Ditanya mengenai perkara itu, pemilik nama sebenar Muhammad Syazuwan Hassan ini menafikann­ya.

Menurut anak ketiga daripada lima beradik ini, dia kini giat berusaha membina nama dan membuktika­n bakat lakonannya.

“Saya akui memang platform bakat lakonan dicungkil melalui penganjura­n DFKL 2016 oleh TV3. Bagaimanap­un, untuk mendapatka­n peluang berlakon saya memang kena usaha sendiri.

“Bahkan, menerusi setiap tawaran berlakon diterima itu saya perlu menggunaka­n sebaik mungkin peluang diperoleh untuk buktikan kemampuan bakat dimiliki.

“Saya tidak boleh bersikap sambil lewa dan tidak serius terhadap peluang itu kerana pembabitan dalam bidang lakonan boleh dianggap agak lewat,” katanya.

Menurut Syazuwan, persaingan sesama pelakon juga agak sengit sekarang. Jadi, adalah wajar untuk dia menghargai setiap peluang tawaran berlakon yang diterima.

Apatah lagi, hingga kini Syazuwan juga dilihat ‘bersih’ daripada sebarang gosip, cerita sensasi dan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia