Harian Metro

Jangan langgar prosedur

-

membolehka­n aktiviti ini dijalankan.

Biasanya aktiviti memancing di kawasan hulu sungai diadakan dalam tempoh minimum tiga hari dua malam dan harga difahamkan bermula RM400 seorang. Harga ditawarkan operator sebenarnya bergantung kepada jumlah hari, jarak perjalanan dan kemudahan disediakan kepada kumpulan pemancing.

Paling utama, jangan bawa jaring atau jala untuk menangkap ikan di kawasan taman negara yang membenarka­n aktiviti memancing kerana pihak berkuasa boleh mengambil tindakan undang-undang sekiranya kaki pancing melanggar peraturan.

Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman memancing di lokasi huluan juga perlu mempunyai persediaan untuk berkhemah dan membawa peralatan yang sesuai.

Walaupun pihak operator menyediaka­n makanan (bagi pakej makanan tertentu), tetapi jangan lupa membawa kudapan atau makanan sampingan peribadi kerana biasanya pemancing tidak pulang ke kawasan perkhemaha­n terutama pada

Aktiviti memancing di kawasan hulu tawar

pengalaman menarik dan mencabar

waktu tengah hari.

Memandangk­an terdapat juga aktiviti berjalan di kawasan denai ke lubuk tertentu, pastikan ada penunjuk arah yang membantu menghalaka­n anda ke laluan betul kerana di dalam hutan faktor keselamata­n sangat perlu dititikber­atkan.

Dari segi peralatan memancing, terutama umpan disarankan bawa yang sesuai dengan ‘selera’ ikan yang diburu seperti buah kelapa sawit siap diperam, udang, anak ikan atau umpan tiruan untuk teknik ‘casting’.

Tali tangsi juga perlu sesuai dan difahamkan jenis paling selamat untuk digunakan ialah yang cukup kuat bagi menampung minimum 9.5 kilogram kerana ikan sungai liar mempunyai kekuatan menarik yang agak kuat.

Tidak dapat dinafikan aktiviti memancing di kawasan hulu menawarkan pengalaman menarik dan mencabar. Bagaimanap­un, faktor keselamata­n dan tanggungja­wab untuk memastikan kelangsung­an habitat ikan serta alam perlu diambil kira.

Jadi jadilah pemancing bertanggun­gjawab dan selamat mengail!

 ??  ?? MEMANCING secara berkumpula­n lebih selamat di kawasan huluan sungai.
MEMANCING secara berkumpula­n lebih selamat di kawasan huluan sungai.
 ??  ?? PEMANCING perlu peka menjaga kebersihan di kawasan huluan sungai bagi aktiviti memancing.
PEMANCING perlu peka menjaga kebersihan di kawasan huluan sungai bagi aktiviti memancing.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia