Harian Metro

KAMPUNG CHEGAR KINI MERIAH

- Nur Izzati Mohamad cnews@nstp.com.my

Memancing udang galah dan melihat pemandanga­n burung hijrah ketika menyusuri sungai dengan menaiki bot menjadi antara aktiviti utama yang menarik perhatian pelancong ke Kampung Chegar, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Kampung Chegar mempunyai pelbagai khazanah alam semula jadi kini diangkat sebagai salah satu destinasi pelanconga­n agro yang mula mendapat perhatian sejak dua tahun lalu.

Ditambah pula pekerjaan penduduk dekat situ rataratany­a nelayan dan terbabit dalam industri pembuatan barangan tradisiona­l seperti kraf tangan serta kuihmuih menjadikan perkampung­an

berkenaan mempunyai keunikan tersendiri bagi memasarkan produk pelanconga­n agro yang diilhamkan di kampung itu.

Pengerusi Koperasi Nelayan kampung berkenaan, Nawawi Othman berkata, kampung yang memiliki jajaran sungai sejauh 28 kilometer membolehka­n aktiviti menyelusur­i sungai dengan bot dapat dilaksanak­an.

Katanya, kerjasama nelayan mendorong tercetusny­a aktiviti berkenaan yang kini menjadi tarikan utama pelancong apabila bercuti di kawasan perkampung­an berkenaan.

“Walaupun kampung ini di kawasan ceruk dan jauh dari bandar siapa sangka sumber alam semula jadinya begitu luas tidak kira di perairan mahupun di darat.

“Kita mempunyai hutan yang menyimpan pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan dan kawasan sungai pula terdapat juga banyak spesies ikan serta udang galah yang boleh diteroka dengan menaiki bot,” katanya.

Nawawi berkata, paling menarik aktiviti menelusuri sungai itu ditawarkan dengan pakej serendah RM80 seorang apabila banyak aktiviti dapat dinikmati pengunjung.

“Selain memancing udang galah dan ikan serta melihat pemandanga­n burung hijrah, pengunjung juga dibawa ke kawasan berhampira­n Jambatan Pulau Pinang untuk melihat pemandanga­n matahari terbenam serta kelip-kelip,” katanya.

Nawawi berkata, pengunjung juga boleh mencuba aktiviti yang ditawarkan di kawasan darat antaranya berbasikal di dalam kampung dan meninjau proses pembuatan pelbagai kuih tradisiona­l antaranya cucur peneram dan loyang.

Seorang pengunjung dari Perak, Asma Manaf,

55, berkata, dia yang suatu ketika dahulu menetap di kampung itu teruja melihat perubahan yang berlaku hingga kini menjadi tumpuan ramai.

Asma berkata, dia yang kerap pulang menziarahi ahli keluargany­a tidak menyangka kampung halamannya terpilih untuk projek pembanguna­n agro pelanconga­n yang semestinya memberi manfaat kepada semua penduduk dekat situ.

“Mengimbau kembali nostalgia dulu, kampung ini langsung tidak dipandang apatah lagi ia boleh dikatakan terletak dalam ceruk dan jauh dari bandar.

“Namun, keunikan alam semula jadi dengan adanya sungai, ia perlahan-lahan diteroka dan kagum melihat perkembang­an kampung yang semakin jauh berubah,” katanya.

Bagi penduduk kampung itu, Anuar Abdullah, 45, berkata, dia gembira melihat kampungnya yang dikunjungi ramai dan secara tidak langsung menghidupk­an suasana yang sebelum itu malap.

“Kampung ini dulu ada segala-galanya tetapi tidak tahu cara untuk menguruska­nnya sehingga ada pihak datang dan memperkena­lkan konsep percutian yang begitu unik.

“Apa yang lebih penting, percutian sebegini memberi nafas baharu kepada penduduk kampung apabila dapat meningkatk­an pendapatan selepas lokasi ini sudah menjadi tumpuan ramai,” katanya.

Anuar berkata, penduduk kampung wajar memberi sokongan sepenuhnya terhadap usaha pembanguna­n projek pelanconga­n agro yang diusahakan pelbagai agensi kerajaan itu kerana terlalu banyak manfaat dapat diraih.

“Dulu buat apa saja orang tak kenal tetapi sekarang lihatlah apa sahaja produk yang diusahakan ada sahaja yang bertanya,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya berkata, konsep bercuti dengan menikmati sepenuhnya panorama dan alam semula jadi bukan lagi asing di negara ini, bahkan sudah berkembang pesat apabila ia turut menjadi tarikan pelancong dari luar negara.

“Kita berusaha menambahka­n pendapatan penduduk luar bandar dan melihat projek agro pelanconga­n mampu pergi jauh apabila dapat menawarkan pelbagai jenis produk yang dapat menarik perhatian pelancong.

“Tasek Gelugor ini serba serbinya menakjubka­n dan kampung ini juga banyak menghasilk­an produk termasuk mempunyai penginapan inap desa yang memberi keselesaan sekali gus memberi percutian bermakna kepada sesiapa yang merasainya,” katanya.

“Apa tidaknya, jika pelancong berminat dengan aktiviti air mereka boleh menyelusur­i kawasan sungai dengan menaiki bot dan melihat kelip-kelip serta pemandanga­n matahari terbenam selain boleh memancing pelbagai jenis spesies ikan dan udang galah,” katanya.

Shabudin berkata, selain kawasan sungai, projek pelanconga­n itu juga turut menumpukan kawasan darat dalam usaha mempromosi­kan produk tradisiona­l dan budaya masyarakat kampung.

“Bagi aktiviti di darat pula, mereka boleh meneroka kawasan perkampung­an dengan menunggang basikal dan melihat cara pembuatan pelbagai produk tradisiona­l yang dihasilkan penduduk kampung termasuk menginap di inap desa yang akan memberikan suasana percutian mendamaika­n,” katanya.

Terpilih untuk projek pembanguna­n

pelanconga­n agro hidupkan

suasana Kita mempunyai hutan yang menyimpan pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan dan kawasan sungai pula terdapat juga banyak spesies ikan serta udang galah yang boleh diteroka dengan menaiki bot

 ?? FOTO: ?? PEMANDANGA­N sungai sekitar Kampung Chegar, Tasek Gelugor antara yang diangkat sebagai destinasi projek pelanconga­n agro.
FOTO: PEMANDANGA­N sungai sekitar Kampung Chegar, Tasek Gelugor antara yang diangkat sebagai destinasi projek pelanconga­n agro.
 ??  ?? KEMUDAHAN jeti di Sungai Jarak memberi kemudahan kepada pelancong menyelusur­i keindahan sungai berkenaan.
KEMUDAHAN jeti di Sungai Jarak memberi kemudahan kepada pelancong menyelusur­i keindahan sungai berkenaan.
 ??  ?? PENGERUSI Perda merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor,
Datuk Shahbuddin Yahaya (tiga dari kiri) menyampaik­an hadiah utama cabutan bertuah di majlis pelancaran Agrotouris­m Tasek Gelugor.
PENGERUSI Perda merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahbuddin Yahaya (tiga dari kiri) menyampaik­an hadiah utama cabutan bertuah di majlis pelancaran Agrotouris­m Tasek Gelugor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia