Harian Metro

CIKGU BM DI THAILAND

-

Mohammad Zulhusnie ajar Bahasa Melayu di Pondok Bantan ketika berada di sana selama 2 bulan

Indonesia.

Pada masa sama, dia turut memegang jawatan penting di kampus iaitu

Exco Kebajikan dan Kemasyarak­atan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM) selain aktif menganggot­ai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM).

„Sejak di sekolah lagi saya sudah diberi kepercayaa­n memegang jawatan antaranya Ketua Asrama dan Ketua Rumah Sukan jadi pengalaman itu sedikit sebanyak membantu saya untuk menjadi pemimpin ketika di peringkat universiti.

„Pengalaman menyertai PALAPES pula membantu saya menjadi seorang yang berdisipli­n dan teliti dalam melakukan semua perkara.

„Jadi, tiada masalah untuk saya membahagik­an masa antara pelajaran dan aktiviti luar bilik kuliah termasuk MPP, persatuan atau sukan selagi fokus dengan apa yang dilakukan,“katanya.

Menurut Muhammad Zulhusnie, meskipun aktif dengan aktiviti kokurikulu­m, dia tidak sesekali mengabaika­n pelajaran.

Katanya, menjadi hasratnya untuk mendapat keputusan cemerlang pada setiap semester supaya menjadi kebanggaan keluarga terutama keduadua ibu bapanya.

„Aktiviti sukarelawa­n cukup dekat dengan saya jadi akan terus merangka program pada masa akan datang untuk manfaat masyarakat dalam dan luar negara.

„Namun, pelajaran sentiasa menjadi keutamaan dan sebab itu, saya perlu konsisten mendapat keputusan cemerlang supaya layak mendapat biasiswa.

„Dengan keputusan cemerlang, saya dapat menggembir­akan ibu dan ayah seterusnya merealisas­ikan cita-cita untuk bergelar pendidik,“katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD Zulhusnie puas terbabit dengan aktiviti sukarelawa­n.
MUHAMMAD Zulhusnie puas terbabit dengan aktiviti sukarelawa­n.
 ??  ?? Misi lain yang pernah disertai:
Journey to Thailand (Projek Sukarelawa­n Antarabang­sa 2015)
Misi Banjir Kelantan - 2015
Misi Kemanusiaa­n Antarabang­sa Kemboja 2.0 - 2016
Misi Banjir Kelantan 2017
Misi Kemanusiaa­n Antarabang­sa Kemboja 3.0
Misi...
Misi lain yang pernah disertai: Journey to Thailand (Projek Sukarelawa­n Antarabang­sa 2015) Misi Banjir Kelantan - 2015 Misi Kemanusiaa­n Antarabang­sa Kemboja 2.0 - 2016 Misi Banjir Kelantan 2017 Misi Kemanusiaa­n Antarabang­sa Kemboja 3.0 Misi...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia