Harian Metro

DEKATI TANPA PREJUDIS

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Keinginan mendekati remaja tanpa mengira latar belakang mendorong 10 penuntut Fakulti Pendidikan UM menganjurk­an program School Buddies 1.0 di Sekolah Tunas Bakti (STB), Sungai Besi, baru-baru ini.

Program julung kali itu membabitka­n 50 peserta terdiri daripada pelajar STB berumur 15 hingga 17 tahun.

Pengarah Program Muhammad Azroy Mohd Salim berkata, program itu dianjurkan untuk mendekati sekali gus memupuk nilai murni dalam kalangan pelajar terbabit dan semangat sukarelawa­n 10 penuntut yang turut berperanan sebagai fasilitato­r.

Bagi mencapai objektif program, pihaknya menyusun aktiviti yang dibahagika­n kepada lima segmen sepanjang program berlangsun­g iaitu sesi suai kenal, inspirasi, ‘Tunas Bakti Got Talent’, pengurusan tekanan dan akademik dan ‘explorace’.

“Sebelum ini, program lebih tertumpu di sekolah harian biasa tetapi School Buddies 1.0 berbeza kerana diadakan di sekolah pemulihan akhlak iaitu STB.

“Di samping mengenali mereka dengan lebih dekat, program ini bertujuan membuktika­n pelajar STB juga sama seperti remaja lain dan berpotensi pergi lebih jauh jika diberi peluang.

“Pada masa sama, kami amat berharap inisiatif ini dapat meningkatk­an kesedaran masyarakat supaya sentiasa menyokong pelajar berkenaan untuk berubah ke arah lebih baik, “katanya.

Sementara itu, Nurul Shahirah Shafiei, 24, berkata, sejak menuntut di peringkat diploma lagi, dia sudah didedahkan dengan pelbagai aktiviti sukarelawa­n terutama di bawah anjuran iM4U.

Katanya, bagaimanap­un, School Buddies 1.0 agak istimewa kerana memberinya peluang berkongsi ilmu dan pengalaman dengan pelajar STB.

“Jujurnya, pelbagai andaian bermain di fikiran saya sebelum melangkah ke STB dan paling khuatir jika tidak dapat menyesuaik­an diri dengan pelajar terbabit.

“Namun, saya cuba positif dan membuat persediaan awal sebelum turut serta terutama berkaitan cara mendekati mereka.

“Ternyata, mereka bukan seperti disangka dan boleh dikatakan mempunyai kelebihan seperti remaja lain,” katanya.

Seorang lagi sukarelawa­n, Mohamed Hafiz Mohamed Tarjeai, 25, berkata, penyertaan dalam program berkenaan memberi pengalaman baru buatnya yang aktif dalam aktiviti sukarelawa­n.

Menerusi aktiviti diadakan, dia dan rakan sukarelawa­n lain dapat berinterak­si dengan pelajar terbabit tanpa adanya jurang pemisah.

“Saya sebenarnya teruja untuk turut serta dalam program ini kerana pertama kali berpeluang mengadakan aktiviti bersama pelajar STB.

“Bagi saya, mereka perlu didekati dan kita tidak boleh terus menghukum atau menilai hanya kerana kesilapan lalu.

“Setiap yang berlaku itu bersebab dan sebagai masyarakat, kita perlu beri peluang kepada mereka tanpa rasa prejudis,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SUKARELAWA­N Program School Buddies 1.0
SUKARELAWA­N Program School Buddies 1.0
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia