Harian Metro

Uar-uar guna laman sosial

- DARI MUKA H55

Edar 500 balang kuih raya, 500 lemang dan rendang tanpa mengira agama pada Ramadan ini

Syahirah, anak kedua daripada tiga beradik pernah ke Krabi, Thailand mengikuti kumpulan amal mengagihka­n bantuan barang dapur ke perkampung­an Islam yang susah dan juga mengadakan program perbetul bacaan surah alFatihah.

Memandangk­an Ramadan hampir menjelang tiba, Syahirah dan temannya sudah bergerak awal bagi mengumpul dana baju raya.

“Kami menggunaka­n laman sosial bagi menghebahk­an program yang bakal berlangsun­g. Tahun ini, saya dan rakan Superfrend­s mengumpul dana baju raya untuk program yang akan berlangsun­g di Kelantan. Tahun sebelumnya program sama berlangsun­g di Melaka, Johor, Pulau Pinang, Kedah dan Sarawak.

“Kami akan membawa 30 orang dari keluarga yang memerlukan membeli baju raya, berbuka puasa, memberi duit raya dan hamper, bersahur, moreh dan juga agihkan juadah berbuka puasa di jalanan sebagai usaha dakwah,” katanya.

Sekiranya banyak kutipan, bermakna lebih ramailah orang susah yang akan dibawa pada program ini.

“Selain itu, Ramadan tahun ini juga kami akan mengedarka­n 500 balang kuih raya, 500 lemang dan rendang kepada penerima tanpa mengira bangsa dan agama. Agihan kuih raya kali ketiga ini akan diadakan pada Ramadan. Kami juga teruja kerana ini tahun pertama untuk mengagihka­n lemang dan rendang,” sambungnya.

Tahun lalu, selain kepada orang susah, kuih raya diagihkan kepada guru di sekolah yang terpilih, pemandu teksi dan bas, pejabat pos, petugas yang melakukan pembersiha­n, juga kakitangan kabin di awan biru.

“Tahun ini kami meneruskan program sama. Ia sedekah dakwah jadi penerimany­a ialah orang susah berbilang bangsa dan agama. Sesiapa pun boleh menaja satu, dua balang atau 10 balang dengan harga RM12 sebalang, mengikut kemampuan masingmasi­ng,”katanya.

Syahirah mula berminat menyertai program amal kerana mengikut ibunya, Raja Rahmah Raja Yaacob yang merintis langkah awal menjadi sukarelawa­n. Syukur ia tidak terhenti pada kali yang pertama kerana mereka terus mahu melakukann­ya.

Pasangan anak beranak ini sering menyertai program amal yang dirancang sepanjang tahun. Setiap kali selesai sesuatu program, program seterusnya akan segera dirancang.

“Program amal pertama yang saya sertai ialah membawa anak asnaf membeli baju sekolah. Namun waktu itu saya hanya terbabit sebagai sukarelawa­n. Semakin lama, saya dan ibu rasa seronok dan kami mulai sama-sama mengumpul dana bagi memberi keceriaan pada mereka yang memerlukan.”

Aktiviti Syahirah bukan rahsia dalam kalangan ahli keluarga dan teman. Walaupun aktiviti ini tidak memberi imbuhan wang atau nama, ia membuatkan dua beranak ini rasa bahagia, supaya sumbangan kecil mereka dapat menjadi bekalan menuju akhirat.

Bagi yang mahu menyumbang ke program Ramadan ini boleh menghubung­i Facebook ‘Kami Superfrend­s’ dalam sama-sama memberi kegembiraa­n kepada insan memerlukan.

 ??  ?? PUTERI Nurul Syahirah harap ramai tampil menaja kuih raya untuk anak kurang berkemampu­an.
SUKARELAWA­N melabel balang kuih raya.
PUTERI Nurul Syahirah harap ramai tampil menaja kuih raya untuk anak kurang berkemampu­an. SUKARELAWA­N melabel balang kuih raya.
 ??  ?? PUTERI Nurul Syahirah dan ibunya, Raja Rahmah.
PUTERI Nurul Syahirah dan ibunya, Raja Rahmah.
 ??  ?? SEWAKTU agihan kuih raya di awan biru sebagai salah satu dakwah jalanan.
SEWAKTU agihan kuih raya di awan biru sebagai salah satu dakwah jalanan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia