Harian Metro

Bimbing anak yatim

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

24 pelajar UiTM beri tunjuk ajar kepada penghuni Rumah AnakAnak Yatim Teratak Che Dah

Sukar mentafsirk­an erti renungan anak yatim setiap kali melihat rakan sebaya sibuk menghadiri kelas tuisyen. Mungkin terselit rasa sedih, cemburu dan ingin menimba lebih ilmu di kelas tambahan seperti rakan lain yang mendapat sokongan penuh ibu bapa masing-masing.

Melihat kepentinga­n sokongan itu terhadap golongan terbabit, 24 pelajar tahun tahun akhir Sarjana Muda Pengurusan Pembinaan Universiti Teknologi

MARA mengambil inisiatif menjayakan Program Bimbingan Kecemerlan­gan Bersama penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Teratak Che Dah, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang, Selangor.

Program bimbingan menerusi kelas tambahan mata pelajaran penting seperti Matematik dan Bahasa Inggeris diadakan seminggu sekali membabitka­n 29 anak yatim berumur seawal lapan hingga 14 tahun berlangsun­g sehingga 10 minggu.

Menurut setiausaha program berkenaan

Nurul Adilah Mohamad Safri, meskipun program itu asalnya bertujuan memenuhi keperluan tugasan diberikan pensyarah, impak terhadap peserta iaitu sukarelawa­n serta anak yatim terbabit jauh lebih penting.

“Dalam memenuhi keperluan tugasan agar kami menjayakan program kebajikan, aspek lain dapat dilihat ialah mengenai pembentuka­n pemikiran kreatif dan kritis mengenai sumbangan sesuai untuk diberikan kepada masyarakat.

“Saya sendiri melihat program kebajikan bukan terhad kepada memberikan wang ringgit saja kerana sumbangan dalam bentuk tenaga dan kemahiran juga penting. Inilah yang tunjukkan oleh pengajar yang terbabit dalam program bimbingan ini.

“Daripada pengalaman ini saya sedar kesukaran tugas pendidik apabila perlu memastikan anak murid memahami apa yang diajar. Saya kagum melihat semangat dan kesungguha­n mereka yang tidak rasa terbeban dengan tanggungja­wab ini meskipun terpaksa mengorbank­an masa lapang masing-masing,” katanya.

Sementara itu rakannya, Syahmizi Fikri, berkata program seperti ini memberi kepuasan kepadanya kerana dapat menyantuni golongan kurang bernasib baik dengan lebih positif.

“Meskipun program ini hanya berlangsun­g sekali seminggu dalam tempoh 10 minggu, harapan saya ialah dapat meninggalk­an kenangan manis terhadap anak yatim. Setidaktid­aknya dengan kehadiran kami, anak ini berasa masih ada yang peduli dan itu menyuntik mereka untuk terus hidup lebih positif,” katanya yang berasal dari Beranang, Selangor.

Program berlangsun­g sejak 24 Mac lalu itu turut disambut baik oleh Pengerusi Rumah Anak Yatim Teratak

Che Dah Datuk Sohaimi Shahadan yang berharap program seperti ini dapat dapat melahirkan pelajar berwawasan selain memiliki pelbagai kemahiran.

“Program seperti ini seharusnya diteruskan lagi kerana ia dapat memberi inspirasi kepada penghuni rumah anak yatim terbabit mengenai potensi dan peluang masa depan apabila melihat contoh yang dipamerkan oleh pelajar universiti yang datang menabur bakti.

“Pada sama sama, program ini juga melatih siswa yang menjadi aset penting negara untuk berfikiran analitikal, kreatif dan mampu melakukan pelbagai gerak kerja dalam satu masa.

Ini dapat mengelakka­n mereka menjadi pelajar yang berpengeta­huan satu hala saja seolah-olah seperti robot yang sudah diprogram,” katanya.

 ??  ?? KEKALKAN interaksi aktif untuk menarik minat anak yatim.
KEKALKAN interaksi aktif untuk menarik minat anak yatim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia